31.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syasya Rizal Rasa Berdosa, Tidak Sengaja Doa Suami Demam – ‘Mulut Isteri Memang Masin’

    Shopee Sale

    Penyanyi Syasya Rizal, berkongsi pengalaman sebagai seorang isteri yang tidak sengaja mendoakan kesakitan buat suaminya, Nasrullah Mohd Sapie.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syasya Rizal Beri Respon, Nafi Goncang Anak Secara Kuat Dalam Video TikTok

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Akui Khilaf, Tersentak Suami Tegur Percakapan Makin Kasar – ‘Jangan Sombong, Walaupun Kita Bekerja’

    Mulut isteri masin

    Menerusi perkongsian di Threads,  pemilik nama Norsyasya Afiqah Shahrizal akui berdosa terhadap suaminya apabila mengeluarkan kata-kata yang negatif.

    Ujar Syasya, dia hanya bergurau ketika terasa hati dengan sikap suami sepanjang keadaan dirinya tidak sihat.

    Beberapa hari lepas saya demam.

    Bila sakit dan emosi, saya tidak sengaja buat sesuatu yang tidak patut.

    Masa tengah demam, saya terasa hati dengan suami. Mulut terlepas ‘saya doakan awak pula demam, biar awak rasa macam mana sakit’.

    Ketika itu, saya ingat hanya marah sekejap. Saja gurau kasar tambah demam. Tak sangka, doa itu betul-betul jadi.

    Ya Allah, masa itu terus rasa berdosa. Mulut isteri memang masin.

    Berkata yang baik-baik

    Dalam pada itu, Syasya menitipkan pesanan kepada para isteri untuk hanya mengeluarkan kata-kata positif.

    MENARIK:  [VIDEO] Kawan Baik Hantar Sihir Pemisah Dalam Hadiah Kahwin – ‘Sakit Dada, Tekak Macam Ada Rambut & Kem*luan Bengkak’

    Ujarnya lagi, gunakan kuasa doa seorang isteri dengan mendoakan perkara yang baik buat rumah tangga.

    Jangan doa yang tak baik untuk suami.

    Walau dalam keadaan marah, atau sakit hati.

    Doa isteri mustajab, sangat masin. Kadang lebih cepat termakbul dari apa kita sangka.

    Daripada doa benda yang tak baik, gunakan kuasa doa isteri untuk benda baik-baik.

    Sebab doa seorang isteri bukan sekadar kata-kata, itulah doa paling cepat Allah makbulkan.

    Sumber: Threads @syasya.rzl

    The post Syasya Rizal Rasa Berdosa, Tidak Sengaja Doa Suami Demam – ‘Mulut Isteri Memang Masin’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah