25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Yassin Ada, Mesti Rezeki Banyak..Dia Sumber Rezeki Saya’ – Wahid Senario

    Shopee Sale



    Ahli kumpulan legenda Senario iaitu Wahid, meluahkan rasa kehilangan tatkala ketiadaan rakan seperjuangannya, Yassin Yahya, sejak beberapa bulan lalu.

    ‘Saya sendiri rasa bila Yassin tak ada’

    Ketika ditemui , Wahid atau nama lengkapnya Abdul Wahid Mohamad, 50, enggan berkongsi punca sebenar Yassin menghilang.

    Bagaimanapun Wahid mengakui bahawa ketiadaan rakan baiknya itu memberi kesan besar kepada dirinya, terutama dalam mencari peluang pekerjaan.

    Bagi saya, dia (Yassin) adalah sumber rezeki untuk saya. Sejujurnya, ketiadaan Yassin membuatkan ada aktiviti saya, bukan kata Senario, tapi saya sendiri rasa bila Yassin tak ada.

    Kalau Yassin ada, mesti rezeki banyak. Sebab dia rajin mencari show. Saya tahu balik Ipoh, saya tidur… cukup masa, Yassin akan hubungi saya beritahu kita ada show.

    Tambah Wahid, selain Yassin, anggota Senario lain seperti Azlee dan Pak Ya juga sering berusaha mencari tawaran persembahan untuk mereka.

    Dia, Azlee dan Pak Ya… Yassin dan Azlee antara yang banyak cari show untuk kami. Sebab yang lain semua pemalu.

    Wahid berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis ramah mesra bersama 10 Duta Jakel di Jakel, Shah Alam, pada Sabtu.

    Selain Wahid dan kumpulan Senario, pengunjung boleh beramah mesra bersama Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal serta Elly Mazleinbermula 9 pagi hingga 2 petang.

    ‘Itu momen terakhir saya bersama dia’

    Dalam pada itu, Wahid turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat menghantar Yassin ke lapangan terbang ketika dia berangkat menunaikan umrah bersama Azlee pada Oktober tahun lalu.

    Kalau tengok TikTok dan IG saya ada buat video berlatarkan lagu ‘kawan’ dan ada gambar saya peluk dia… itulah momen terakhir saya bersama dia.

    Saya tak dapat hantar Yassin dan Azlee ke airport sebelum ini untuk tunai umrah. Saya lagi terasa la sebab bagi saya, dia ada sumber rezeki saya. Dengan tanpa malunya, saya cakap dia sumber rezeki saya.

    Bila dia tak ada, sesuatu benda yang hilang bagi saya.

    Sebelum ini, ketiadaan Yassin dari pentas Senario sejak beberapa bulan lalu mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

    MENARIK:  Lelaki Dipenjara 30 Tahun Kes Bun*h & Liwat Bayi 9 Bulan

    Walaupun masih aktif memuat naik hantaran di Instagram setiap hari, ketidakhadirannya dalam beberapa program bersama ahli Senario lain menimbulkan pelbagai spekulasi.

    Lebih mengundang persoalan, apabila media melaporkan tentang berita seorang pelawak popular yang didakwa ditahan di Jeddah, Arab Saudi atas kesalahan dadah sejak Oktober lalu masih belum terjawab.

    Biarpun pelbagai spekulasi terus bertebaran, peminat setia Senario masih berharap agar Yassin kembali bersama kumpulan yang telah menaikkan namanya dalam industri lawak tanah air.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah