31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nama Dipetik, Janna Nick Dakwa Pernah Diburukkan Ibu Puteri Balqis Dalam Group WhatsApp Selebriti – ‘Sejak Tu Saya Dipulaukan’

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara Janna Nick tampil memberikan respon susulan namanya dipetik oleh aktres Puteri Balqis dan ibunya.

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Saya Makikan Akak Janna Nick Hari Ni 20 Kali, Boleh Lepaskan Saya Tak?’ – Puteri Balqis

    Artikel Berkaitan: ‘Janna Nick, Awak Tak Perlu Berpura Neutral & Acah Savage..Semua Isu Awak Nak Tunggang’ – Ibu Puteri Balqis

    ‘Boleh tahu apa isu awak dengan saya?

    Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner mengakui tidak tahu punca kemarahan Puteri Balqis terhadapnya. Malah dia juga terbuka dan bersedia untuk berbincang bagi menyelesaikan perselisihan faham antara mereka.

    Boleh tahu upa isu awak dengan saya? Kalau ada yang tak puas hati kita boleh jumpa (online because im currently in London).

    Dalam hantaran yang sama, Janna mengimbau kembali momen lama ketika dan Puteri Balqis berlakon dalam set penggambaran yang sama.

    ‘Saya tak kenal awak secara peribadi’

    Sementara itu, Janna turut menjelaskan bahawa perkenalan bersama Puteri Balqis terlalu singkat selain mereka berdua tidak mengenali antara satu sama lain secara mendalam. 

    Saya tak kenal awak secara peribadi dan begitu juga sebaliknya. Saya rasa pertemuan saya dengan awak dan mak awak terlalu singkat.

    Bagaimanapun, Janna mengakui dia amat kagum dengan bakat dan semangat yang ditunjukkan oleh Puteri Balqis sejak kecil. 

    Saya masih ingat, awak bawak patung Darth Vader datang set. Saya kagum tengok dedikasi awak. Awak tak macam budak-budak lain dan setiap kali saya tengok awak, saya seperti lihat diri saya sendiri.

    Mengulas mengenai hantaran di aplikasi Threads yang menjadi punca pertikaian, Janna menjelaskan bahawa kenyataannya itu bersifat umum dan tidak mempunyai kaitan dengan kemelut Puteri Balqis dan Mia Sara.

    Thread saya tu general, tak merujuk untuk backup MS (Mia Sara).

    Saya seorang yang pendendam, sangat teruk. Tapi, bila saya cuba let go (not fully), saya rasa better.

    Tapi kalau awak rasa, dengan cara macam ini buat awak puas, buat lah. I hope you heal.

    Sumber: Instagram Janna Nick

    MENARIK:  Kebakaran Van Jenazah ‘Pertubuhan Amal Nur By Khiriah’ – Noorkhiriah Reda yakin ada hikmah di sebaliknya

    The post Nama Dipetik, Janna Nick Dakwa Pernah Diburukkan Ibu Puteri Balqis Dalam Group WhatsApp Selebriti – ‘Sejak Tu Saya Dipulaukan’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah