25.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syafeek Ikhwan Ambil Semangat Juara Nadeera

    Shopee Sale



    Syafeek Ikhwan

    Berjaya melangkah ke peringkat akhir ujibakat program Big Stage, penyanyi, Syafeek Ikhwan meluahkan rasa syukur dan beharap bakatnya dapat dikembangkan sekiranya terpilih sebagai finalis.

    Ambil semangat juara

    Syafeek Ikhwan

    Tidak akan melepaskan peluang, Syafeek mengambil semangat juang dan menjadikan rakan seindustri yang juga juara musim lalu program tersebut, Nadeera sebagai sumber inspirasi.

    Nadeera pernah mencuba nasib dalam Big Stage, kini sudah berjaya mengukir nama dalam dunia seni.

    Saya percaya bahawa tiada salahnya untuk terus berusaha kerana siapa tahu, rezeki mungkin berpihak sekiranya diberi peluang menyertai program seperti Big Stage.

    Saya harap diberikan peluang untuk membuktikan kemampuan dan terus berkembang dalam industri muzik tanah air.

    Dalam pada itu, Syafeek berharap langkahnya dalam dunia seni akan terus mendapat perhatian ramai.

    Siapa tahu, peluang di Big Stage mungkin menjadi langkah seterusnya dalam perjalanan seni yang lebih gemilang.

    Sekadar info, pada tahun 2018, Syafeek pernah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa apabila muncul juara dalam pertandingan i-Sing World di Paris, Perancis.

    MENARIK:  [VIDEO] Farid Kamil Pimpin Tangan Ibu Buat Netizen Tersentuh – ‘Inilah Yang Terbaik, Muliakan Emak Untuk Dunia & Akhirat’

    Selain itu, pada tahun 2021, Syafeek berjaya menjuarai program Lagu Cinta Kita musim ketiga (LCK3) bersama pasangan duetnya, Zazo.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah