27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sophia Albarakbah Tak Berani Buka DM Di Instagram, Trauma Jadi Mangsa Gangguan Seksual

    Shopee Sale

    Pelakon Sophia Albarakbah mengakui masih berdepan trauma selepas menjadi mangsa buli siber dan gangguan seksual di media sosial.

    Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Perlu Masa Pulihkan Kesihatan Mental – ‘Rasa Tak Selamat Keluar Seorang’

    Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Tak Bagi Muka Kepada Buli Siber, Akan Ke SKMM Beri Kenyataan

    ‘Saya takut nak baca’

    Ketika ditemui , Sophia atau Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 32, berkata, pengalaman tersebut meninggalkan kesan mendalam sehingga membuatkan dirinya takut untuk membuka mesej di Instagram.

    Sejujurnya selepas semua ini berlaku saya jadi terlampau trauma untuk buka DM di Instagram. 

    Sampai sekarang sama ada DM baik atau jahat memang saya tak berani nak buka. 

    Terlalu banyak DM sampai saya takut nak baca. Saya bagi telefon saya kepada peguam untuk periksa.

    Sophia berkata demikian ketika ditemui di tayangan perdana filem Abu Si Raksasa yang berlangsung di GSC Mid Valley, pada Khamis.

    Ditanya sama ada dia menerima permohonan maaf daripada pihak yang pernah mengganggunya, Sophia menjelaskan bahawa dia sendiri tidak pasti mengenai perkara itu.

    Saya tak tahu, mungkin ada yang sudah minta maaf tapi saya tak baca. Saya minta maaf juga.

    Tapi peguam ada maklumkan, ada juga beberapa individu yang menghantar DM kepada mereka dan minta maaf.

    Mengulas lanjut, Sophia berkata dia menghargai mereka yang tampil memohon maaf atas kesalahan lalu dan menganggap perkara itu sebagai satu tindakan yang baik.

    Bagi mereka yang sudah minta maaf dan menyesal tu, baguslah. Kita semua manusia pernah buat kesalahan. Saya pun pernah buat salah. 

    Yang mana dah minta maaf tu, terima kasih. Saya harap mereka teruskan untuk berbuat baik.

    Pada 9 Ogos lalu Sophia tampil membuat laporan di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur selepas menjadi mangsa buli siber dan menerima gangguan seksual berupa mesej jelik di Instagram miliknya. 

    MENARIK:  [VIDEO] Mia Nasir Diserang Anjing Jenis Rottweiler Di Set Penggambaran – ‘Syukur Tiada Kecederaan Yang Serius’

    The post Sophia Albarakbah Tak Berani Buka DM Di Instagram, Trauma Jadi Mangsa Gangguan Seksual first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah