
Pelakon jelita, Sweet Qismina pernah berdepan dengan satu fasa yang mengecewakan sewaktu awal perkahwinannya bersama suami yang juga merupakan pelakon, Adam Lee.
Sedih masih belum ada rezeki timang anak

Ketika ditemui , pemilik nama Farhanna Qismina Supandi ini berkata, dia dan Adam pernah bersedih kerana tertekan selepas keinginan mereka untuk menimang cahaya mata belum kesampaian.
Tahun pertama kami sangat tertekan, bulan pertama tu kami sampai tahap menangis sama-sama. Sebab nak sangat (anak).
Macam-macam berada di dalam fikiran, kami juga seorang yang suka budak jadi bila pegang baby macam terfikir kenapa kami tak dapat.
Kawan-kawan saya juga ada yang dah dapat baby, jadi kami rasa ada tertekan juga.
Walau bagaimanapun, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Bukan Lelaki Terhebat’ itu kini bersikap lebih berlapang dada dan berserah segalanya kepada Tuhan.
Tahun kedua kami rasa mahu ingin menjalani sahaja kehidupan, untuk tahun ini kami mahu fokus balik.
Sekarang ini, kami terima dengan hati terbuka, tak terfikir dah kerana rezeki ini Allah datang dengan pelbagai cara.
Sweet berkongsi perkara tersebut ketika set lokasi penggambaran drama ‘Dendam Seorang Madu’ bertempat di sebuah kediaman mewah di Shah Alam, baru-baru ini.
Titip pesan buat orang ramai
View this post on Instagram
Bercakap mengenai usaha untuk hamil (TTC), Sweet mengakui memerlukan sokongan moral yang kuat daripada orang sekelilingnya.
Justeru, pelakon berusia 28 tahun ini menasihati orang ramai untuk menjaga percakapan ketika berkomunikasi dengan wanita yang sedang berusaha untuk hamil.
Seseorang akan rasa stres bila ada orang sekeliling yang triggered, tapi saya bersyukur keluarga kami menghormati dan mendoakan yang terbaik. Jadi perkara itu membuatkan kami lebih kuat semangat untuk hadapi semua.
Buat orang ramai di luar sana yang ada keluarga terdekat yang menghadapi situasi sama tolong jaga kata-kata itu kerana kita tak tahu apa yang mereka hadapi.
Saya doakan juga buat mereka yang berada dalam situasi yang sama seperti saya, kita cuba yang terbaik dan percaya dengan Allah punya rezeki.
Sekadar info, Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022 namun mereka masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata.





