Pelakon, Uqasha Senrose meluahkan rasa sedih dan terkilan dengan komen melampau yang ditinggalkan segelintir wargamaya dalam media sosial melibatkan anaknya, Hawra Uqaira.
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Allah Baluti Uqasha Dengan Kasih Sayang, Ramai Sayang Awak’ – Hatta Dolmat
Naluri ibu tersentak

Uqasha, 33, mengakui hatinya hancur membaca kata-kata jahat yang dilemparkan, apatah lagi membabitkan anak kecil yang langsung tidak berdosa.
Uqaira, awak adalah anak perempuan Ibu. Terlampau jahat sangat kata-kata manusia sekarang ini. Ya, ibu sedih, teruk sekali orang benci ibu, tapi jangan sampai libatkan anak kecil yang tak bersalah.
Uqasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di platform Threads pada Isnin.
Dalam luahan sama, Uqasha turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kaum ibu yang sentiasa memberi sokongan serta berkongsi ilmu kepadanya.
Saya baru pertama kali jadi ibu. Terima kasih kepada semua ibu yang banyak bantu Qasha dalam membesarkan Qaira. Nenda pun banyak ajar. I’m a proud mother.
Dah nak masuk dua bulan, rindu Hawra kecil. Dah tak boleh nak pusing masa, tak boleh suruh jadi baby balik. Sekarang semua terus ke depan.
Bagaimanapun, Uqasha menegaskan dia tidak akan berdiam diri terhadap individu yang meninggalkan komen keterlaluan dan bertekad untuk mengambil tindakan.
Saya takkan berdiam diri sampai saya dapat siapa orang ini dan dari mana semua ini datang. Saya dah ambil link dari Facebook. Lama mana pun saya akan buat sampai dapat. Itu janji saya.
Sebelum ini, suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli turut menyuarakan kemarahan selepas anak mereka, Hawra Uqaira menjadi sasaran dakwaan tidak berasas apabila ada pihak mendakwa bayi itu bukan anak kandungnya.
Sumber: Threads
The post Uqasha Senrose Sedih Hawra Uqaira Jadi Mangsa Kecaman Netizen – ‘Jangan Libatkan Anak Kecil Tidak Bersalah’ first appeared on OHBULAN!.





