Sebelum ini, subsidi minyak di Malaysia diberikan tanpa memandang latar belakang semua yang membeli di pam akan menikmati harga subsidi. Sistem sedemikian memang mudah dilaksanakan, tetapi ia membawa dua isu utama:
- Pembaziran dan keciciran
Subsidi turut “termasuk” golongan yang mampu pengguna mewah, syarikat besar, atau bahkan pihak yang menggunakan subsidi untuk tujuan komersial. Ini menambah beban kewangan negara. - Penyeludupan & penyalahgunaan
Minyak subsidi disalurkan ke luar negara atau ke kegunaan bukan dibenarkan, seperti tapak pembinaan, pengangkutan berat yang tidak sepatutnya mendapat subsidi, dan sebagainya.
Menurut pakar ekonomi, jika subsidi terus dibuka kepada semua tanpa kawalan, beban kerajaan semakin kritikal kerana perbelanjaan subsidi makin membesar dari tahun ke tahun.
Kami juga sempat bertanya kepada orang awam pendapat mereka:

“Saya setuju subsidi disasar semula. Keperluan perlu diutamakan kepada rakyat biasa, bukan warga asing atau syarikat besar dan korporat .” Ujar Cik Nurul Nabihah seorang pekerja swasta.
Langkah Baru: Subsidi Untuk Rakyat, Bukan Untuk Semua
Penapisan berdasarkan kewarganegaraan & kegunaan

Dalam pelaksanaan baru subsidi minyak ini, kerajaan menetapkan:
- Hanya rakyat Malaysia yang layak menikmati subsidi RON95.
- Warga asing atau kenderaan luar negara akan dikenakan harga pasaran penuh atau tidak mendapat subsidi langsung.
- Kenderaan syarikat/korporat juga dikecualikan daripada menikmati subsidi ini.
Kawalan kelayakan & syarat tambahan
Penggunaan subsidi minyak akan dibatasi kepada 300 liter sebulan bagi pengguna biasa.

Walaubagaimanapun, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, “Isi minyak boleh berulang kali, tiada masalah,
Tapi kalau ada tingkah laku luar biasa, contohnya isi berulang kali dalam masa singkat untuk dijual semula, itu yang akan disekat.”
Pemandu e-hailing atau mereka yang memerlukan pengisian lebih banyak pula boleh memohon tambahan.
Cabaran Pelaksanaan & Perhatian Awam
1. Kurangkan Defisit Fiskal
Pengurangan perbelanjaan subsidi petrol RON95 akan membantu mengurangkan defisit fiskal, yang merupakan perbezaan antara pendapatan dan perbelanjaan kerajaan
2. Penyaluran Subsidi Bersasar
Sistem subsidi lama bersifat pukal (blanket), bermakna semua pengguna termasuk warga asing, korporat, dan golongan berpendapatan tinggi turut mendapat manfaat.
Dengan langkah baru, kerajaan menetapkan bahawa subsidi minyak hanya diberikan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai lesen kenderaan yang sah. Ia juga membantu mengurangkan ketirisan dan penyalahgunaan.
3. Menubuhkan asas untuk sistem subsidi yang lebih mampan dan adil
Inisiatif ini dianggap titik permulaan ke arah subsidi bersasar yang lebih cekap dan berkesan. Menurut pemerhati, kerajaan mahu bergerak dari subsidi meluas kepada subsidi yang fokus kepada mereka yang benar-benar memerlukan.
Dengan sistem yang lebih terkawal, kerajaan dijangka dapat menyalurkan lebihan penjimatan ke sektor penting lain seperti pendidikan, kesihatan, bantuan sosial dan infrastruktur.

Justeru, komunikasi kepada rakyat perlu jelas: bahawa garis pemisah ditetapkan untuk memastikan subsidi benar-benar pergi kepada mereka yang memerlukan dan layak.
Langkah mengurangkan subsidi minyak secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia menunjukkan betapa perlunya transformasi dalam mekanisme subsidi negara.
Tetapi ia bukan sekadar soal “siapa dapat, siapa tak dapat”, ia juga ujian integriti sistem, kecekapan pelaksanaan, dan kejujuran kerajaan dalam melindungi kepentingan rakyat biasa.
#BudiMadaniRON95 #ManfaatRakyat
The post Subsidi Minyak Disasar Semula: Rakyat Dilindungi, Warga Asing & Korporat Tak Lagi Nikmati Harga Rakyat first appeared on OHBULAN!.





