Seorang Peguam Syarie iaitu Aiman berkongsi pengalamannya mengendalikan kes prosiding pengesahan cerai sepasang suami isteri.
‘Malam tadi saya lafazkan cerai’

Menerusi hantaran di Threads, Aiman memberitahu defendan (suami) mengakui telah melafazkan cerai terhadap isterinya (plaintif) hanya kerana berasa berang apabila keinginannya untuk bersama tidak dipenuhi.
Difahamkan, isterinya menolak pelawaan tersebut atas faktor fizikal kerana dirinya yang sarat hamil, termasuk kesukaran untuk mandi dan mencangkung.
Malam tadi saya lafazkan cerai pada dia sebab dia tak nak bersama saya, dia kata susah nak mandi, penat nak cangkung, nak basuh.
Bagaimanapun, si isteri mendakwa suaminya itu menggunakan kata-kata kesat sewaktu melafazkan cerai.
Mendengar penjelasan tersebut, Tuan Hakim sempat memberikan teguran kepada defendan dan mempersoalkan sifat ihsan seorang suami apabila sanggup membelakangkan kebajikan isteri yang sedang bertarung nyawa membawa zuriat sendiri.
Kamu nampak ke isteri kamu mengandung tu? Gaduh sekali pun dia emosi sebab lahirkan zuriat kamu. Yang kamu emosi kenapa? Tak munasabah ke alasan isteri kamu tu?
Kamu tak kesian ke iddah dia lama? Kamu tak kesian tengok dia berdiri lama macam tu. Plaintif duduk kalau tak larat.
Susulan daripada kejadian itu, mahkamah mengesahkan lafaz talak satu pasangan tersebut.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet meluahkan rasa geram dengan tindakan si suami yang disifatkan sebagai mementingkan diri dan melampau kerana meletakkan kepuasan nafsu di atas kebajikan isteri yang sedang sarat.
Sumber: Threads Aminsyarie
The post Suami Lafaz Talak Sebab Isteri Hamil Penat Nak ‘Bersama’, Alasan Susah Nak Mandi & Cangkung first appeared on OHBULAN!.





