28.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Suami Baik & Bertanggungjawab Tapi Solat Bila Nak Je..Al-Quran Tak Pernah Baca’

    Shopee Sale

    Seorang isteri meluahkan rasa bimbang terhadap sikap suaminya yang dikatakan mengambil mudah dalam hal agama, khususnya berkaitan solat.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wany Hasrita Pujuk Hati Menahan Rindu, Hampir Empat Tahun PJJ Dengan Suami – ‘Setiap Kali Solat Saya Doa’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kiah Propa Kagum Suami Tetap Solat Walaupun Sakit – ‘Aku Bersyukur Dia Tunaikan Kewajipan Sebagai Umat Islam’

    Luahan isteri

    Sekadar gambar hiasan

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di aplikasi X, wanita tersebut mengakui, suaminya sebenarnya seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab dalam urusan rumah tangga.

    Namun sering culas menunaikan solat lima waktu dan hanya mengerjakan ibadah tersebut mengikut kehendak dan kerajinannya sahaja.

    Suami saya baik sangat tapi bab agama dia ambil mudah.

    Dia solat kalau dia rasa nak solat saja.

    Tak cukup lima waktu. Rasa kecewa sebab dia ketua keluarga.

    Macam mana dia nak bimbing agama keluarga kami.

    Mohon pertolongan

    Sekadar gambar hiasan

    Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan si isteri bimbang tentang keupayaan suaminya untuk membimbing keluarga dalam hal agama.

    MENARIK:  Firdaus Ghufran Kongsi ‘Lindungilah Al-Quran’, Netizen ‘Korek’ Gambar Pakai Subang & Peluk Wanita

    Ujarnya lanjut, teguran telah diberi namun tiada perubahan daripada si suami.

    Saya bukannya alim pun tapi rasa bersalah la setiap kali rasa malas solat.

    Suami baik, bertanggungjawab tapi bab ini saja kurang.

    Baca Al-Quran pun tak pernah selama kami kahwin.

    Nak minta nasihat isteri-isteri macam mana korang hadapi.

    Saya tak nak jadi isteri derhaka. Dah tegur tapi masih macam itu.

    Sumber: X @meinmokhtar

    The post ‘Suami Baik & Bertanggungjawab Tapi Solat Bila Nak Je..Al-Quran Tak Pernah Baca’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah