Pempengaruh Space Dollah mendedahkan dirinya masih berasa paranoid setiap kali melihat laut susulan pengalaman ngeri yang pernah dilaluinya apabila hampir maut akibat lemas suatu ketika dahulu.
Artikel Berkaitan: Space Dollah Seloroh Mahu Cari Bakal Isteri – ‘Dengar Cerita Wanita Sabah Ibarat Bidadari’
Artikel Berkaitan: ‘Berhenti Suruh Aku Pakai Makeup Atau Cari Treatment Cover Muka, Annoying Gila’ – Space Dollah
Masih paranoid
View on Threads
Menerusi perkongsiannya di Threads, Space Dollah akui kejadian tersebut masih meninggalkan kesan mendalam kepadanya.
Kongsinya, dia menjerit beberapa kali ketika kejadian tersebut namun tiada sesiapa yang datang menyelamatkannya.
Dah paranoid tengok laut sekarang.
Teringat masa nak mati lemas dulu. Jerit 3 kali mintak tolong. Tiada siapa yang datang selamatkan.
Bagaimanapun, Space Dollah menzahirkan rasa syukur apabila adiknya iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berjaya menyelamatkannya daripada kejadian tersebut.
Ketika itu ingat dah nak mati. Siap dah mengucap.
Kalau bukan sebab Saddiq Sigaraga, Spacedollah dah jadi Hantudollah.
Sumber: Threads
The post Space Dollah Masih Trauma Tengok Laut, Syukur Syed Saddiq Jadi Penyelamat – ‘Kalau Tak Saya Dah…’ first appeared on OHBULAN!.





