26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 16, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siti Nurhaliza Mohon Penyanyi Asal Sebut ‘Hawau’ Dalam Lagu Senandung Anak Melaka – ‘Tidak Sesuai Jika Saya Ubah’

    Shopee Sale



    Siti Nurhaliza

    Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza telah diundang membuat persembahan pada Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

    Tak mahu sebut ‘hawau’

    Siti Nurhaliza

    Pada acara tersebut, Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin menyampaikan beberapa buah lagu termasuk sebuah lagu berjudul Senandung Anak Melaka.

    Bagaimanapun kata Siti, lagu berkenaan kurang sesuai untuk dinyanyikan olehnya kerana liriknya ada menyebut perkataan ‘hawau’.

    Justeru, dia meminta untuk berduet dengan penyanyi asal lagu berkenaan iaitu Yasser Fikri.

    Sewaktu saya diminta nyanyi lagu itu, saya kata biar betul. Takkan saya nak sebut perkataan ‘hawau’.

    Kemudian saya beritahu pihak penganjur untuk duet dengan penyanyi asal, supaya dia ambil bahagian yang sebut perkataan ‘hawau’.

    Kalau saya ambil bahagian itu takut bunyinya kurang sesuai.

    Siti berkongsi mengenai perkara itu menerusi sesi siaran langsung di Instagram miliknya, baru-baru ini.

    MENARIK:  ‘Tak Perlu Cantik, Penyondol Cuma Perlu Lelaki Tak Reti Bersyukur’ – Mimi Lana

    Dalam sesi sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut memuji kelunakan suara penyanyi asal dan lagu tersebut.

    Tapi sedap suara penyanyi asal itu, lagu tersebut juga sangat catchy dan viral di media sosial terutama TikTok.

    Dengar memang senang melekat dalam kepala, lagi-lagi bahagian intronya memang best.

    Sekadar info, perkataan ‘hawau’ merupakan perkataan yang sering digunakan dalam percakapan orang Melaka dan dianggap sebahagian daripada loghat negeri itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah