28.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siti Nurhaliza Buat Penampilan Istimewa, Pukau Orang Ramai Dengan Lagu ‘Training Season’

    Shopee Sale

    Kemunculan istimewa biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada malam AFFIN Universe, acara gaya hidup anjuran Kumpulan AFFIN yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur menyorot perhatian ramai.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Memang Ramai Datang Rumah, Tapi Saya Harap Mereka Guna Saluran Yang Betul’ – Siti Nurhaliza

    Artikel Berkaitan: ‘Pelajar, Petugas Sekolah Afwa Al Afiyah Selamat Tiba Di Selatan Gaz*’ – Siti Nurhaliza

    Kemunculan istimewa

    Pada malam tersebut, Siti Nurhaliza mendendangkan lagu-lagu terkenal antaranya Kesuma dan Menamakan Cinta selain menyampaikan lagu penyanyi Amerika Syarikat, Dua Lipa, berjudul Training Season.

    AFFIN Universe yang berlangsung selama dua hari bermula pada 7 Februari 2026 direka untuk memberikan pengalaman menyeluruh dengan persembahan langsung dan pelbagai aktiviti untuk pengunjung.

    Ketika ditemui , Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN, Datuk Wan Razly Abdullah berkata penganjuran AFFIN Universe mencerminkan komitmen AFFIN dalam menghubungkan perniagaan, komuniti dan gaya hidup.

    Menerusi AFFIN Universe, kami menghimpunkan rakan strategik AFFIN dan usahawan, mewujudkan persekitaran di mana produk, idea dan individu bertemu dalam satu platform.

    Selain Siti Nurhaliza, program hujung minggu ini turut menampilkan Hael Husaini, Marsha Milan, Mimifly, Dato’ Seri Aliff Syukri, Wani Kayrie, Afieq Shazwan, Puteri Khareeza, Imran Aqil, Atita Haris, Fiza Sabjahan, Fedtri Yahya, Fizi Ali, Dato’ Fazley dan Dr. Soo Winci.

    MENARIK:  POV XTRA: ‘Salah Satu Nikmat Allah Paling Besar, Saya Masih Ada Mak Untuk Mengadu’ – Sharifah Shahirah

    Turut menjadi tumpuan ialah segmen ‘Let’s Talk’ bersama Sarimah Ibrahim, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Marriott Bonvoy. Acara ini turut menampilkan siaran langsung khas gabungan podcast Financial Faiz dan Mr. Money TV.

    The post Siti Nurhaliza Buat Penampilan Istimewa, Pukau Orang Ramai Dengan Lagu ‘Training Season’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah