Penyanyi dan penulis lagu dari London, Sienna Spiro kini diiktiraf sebagai salah seorang yang berbakat paling berpotensi dalam dunia muzik antarabangsa.
Artikel Berkaitan: AIM24 Kembali Selepas Tiga Tahun, Tampil Gah Dengan Barisan Penyampai & Persembahan Bertaraf Antarabangsa
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Tampil Sisi Berbeza Dalam Lagu ‘Tak Adil’
Dapat pujian SZA

Dikenali dengan vokal yang memikat serta lirik yang tulus, Sienna Spiro sering digelar sebagai ‘New Adele’ Generasi Z oleh peminat seluruh dunia, kerana cara nyanyiannya yang sarat dengan emosi dan menyentuh hati pendengar.
Sepanjang setahun yang lalu, Sienna telah mencapai pelbagai kejayaan cemerlang. Dia dipilih sebagai Vevo DSCVR Artists to Watch 2026 dan turut menarik perhatian dengan EP sulungnya, ‘Sink Now’, ‘Swim Later’, yang dilancarkan pada awal 2025.
Projek tersebut menampilkan lagu-lagu seperti ‘Origami’, ‘Back to Blonde’ dan ‘Need Me’, yang mendapat pujian awal daripada artis antarabangsa seperti SZA, Mark Ronson, dan FINNEAS.
Lagu popularnya yang berjudul, ‘Maybe’, meraih lebih 125 juta penstriman di seluruh dunia dan pernah menduduki carta viral Spotify di empat buah negara.
Sienna Spiro turut mencatat penampilan televisyen pertamanya di The Late Show with Stephen Colbert, menyertai jelajah musim panas penyanyi multi-platinum Teddy Swims, dan menjadi artis pembuka tirai bagi residensi eksklusif Sam Smith, To Be Free: New York City, di Brooklyn.
Peringkat antarabangsa & Asia Tenggara

Di Malaysia, Sienna mula mencipta fenomena tersendiri dengan single terbaharunya yang bertajuk, ‘Die On This Hill’, terbitan daripada Capitol Records.
Lagu ini mendapat sambutan hangat daripada peminat tempatan dan menembusi carta penstriman utama, dengan menduduki tempat ke-12 di Spotify Top 50 Malaysia serta tangga ke- 41 di Spotify Top 50 Global.
Kejayaan ini membuktikan bahawa karyanya bukan sahaja dihargai di peringkat antarabangsa, malah berjaya menawan pasaran Asia Tenggara, khususnya Malaysia.
Populariti lagu ini juga terserlah melalui gelombang video cover di aplikasi Instagram dan TikTok yang dikongsikan oleh artis tempatan seperti Yazmin Aziz dan Julia Duclos, serta KOL termasuk Elica Paujin dan Cici.
Fenomena ini menjadikan ‘Die On This Hill’ antara lagu balada antarabangsa paling popular dan tular di TikTok Malaysia pada masa kini.
Selain itu, artis tempatan seperti Siti Hariesa dan Diana Danielle turut menyumbang kepada peningkatan impak lagu ini di Malaysia apabila berkongsi interpretasi versi masing-masing di media sosial, sekali gus memperluaskan pengaruh Sienna dalam kalangan pendengar tempatan.
Pada Oktober tahun lalu, Sienna melancarkan lagu ‘Die On This Hill’ dan ini merupakan lanjutan daripada lagu ‘You Stole the Show’, yang sebelum ini menerima pujian daripada media antarabangsa seperti CLASH, yang menyanjung Sienna sebagai ‘bona fide breakout talent’.
Melalui lagu ini, artis berusia 20 tahun ini sekali lagi menunjukkan kebolehannya mengubah pengalaman patah hati menjadi karya yang sarat dengan emosi.
Menurut Sienna, lagu ini menceritakan tentang cinta yang keras kepala, membuatkan seseorang itu bertahan walaupun tahu sepatutnya melepaskan.
Lagu ‘Die On This Hill’ dihasilkan bersama penerbit terkenal dunia seperti Omer Fedi (SZA, Lil Nas X), Michael Pollack (Miley Cyrus, Lady Gaga) dan Blake Slatkin (Sam Smith, Tate McRae), dengan susunan orkestra oleh pemenang tiga Anugerah GRAMMY®, Rob Moose.
Lagu ini turut mempamerkan kekuatan vokal Sienna yang luar biasa, mengimbangi kegetiran emosi dan keteguhan jiwa, sekaligus menegaskan kedudukannya sebagai salah satu suara baharu paling berpengaruh dalam industri muzik masa kini.
The post Single ‘Die On This Hill’ Angkat Nama Sienna Spiro Di Malaysia, Gen Z Gelar ‘New Adele first appeared on OHBULAN!.





