29 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Desak Muhyiddin undur: Ketua bahagian Bersatu Perak dipanggil lembaga disiplin

    Shopee Sale

    Beberapa Ketua Bahagian Bersatu Perak yang sebelum ini mendesak Presiden, Muhyiddin Yassin berundur, menerima surat notis panggilan bertemu Ahli Jawatankuasa Lembaga Disiplin parti itu pada 14 Jan ini.

    Ketua Bersatu Teluk Intan Kamaruddin Majid mengesahkan dia antara yang menerima notis berkenaan melalui aplikasi WhatsApp kira-kira tiga petang semalam.

    Dia memaklumkan Ketua Bahagian lain termasuk Padang Rengas, Gopeng, Tapah, Larut dan Pasir Salak serta Ketua Srikandi Tambun turut menerima notis sama.

    Kamaruddin berkata surat ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu Mohd Radzi Manan itu memintanya hadir ke ibu pejabat Bersatu pada dua petang tarikh berkenaan susulan dakwaan terdapat aduan disiplin ke atasnya.

    MENARIK:  Ahli politik Bangladesh kemuka keterangan saksi sokong permohonan Quayum

    “Ia mendakwa terdapat aduan disiplin secara bertulis ke atas saya susulan satu sidang akhbar di sebuah hotel di Ipoh pada 10 Dis 2025, yang menyaksikan 14 bahagian telah mendesak Muhyiddin berundur daripada jawatan presiden.

    “Pengadu mendakwa kenyataan dalam sidang media tersebut adalah satu pembohongan dan telah mencemarkan imej Bersatu,” katanya ketika dihubungi.

    Pada sidang media itu, sebanyak 14 kepimpinan bahagian Bersatu Perak menggesa Muhyiddin berundur untuk memberikan laluan kepada proses pembaharuan parti, susulan kemelut yang melanda parti serta kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 lepas.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah