Dalam tradisi dan amalan masyarakat Melayu-Islam, terdapat kepercayaan bahawa meletakkan Surah Yasin di bawah bantal dapat memberikan perlindungan daripada gangguan makhluk halus seperti jin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tengah Bersetubuh Tiba-Tiba Azan Berkumandang, Perlu Berhenti Atau Teruskan? Ini Jawapan Ustaz Azhar Idrus
Artikel Berkaitan: Bolehkah Jenazah Dikafankan Dengan Kain Selain Putih? Ini Penjelasannya
Bertentangan dengan adab

Walaupun tidak disebut secara khusus dalam Al-Quran atau hadis sahih, amalan ini sering dijadikan simbolik untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mencari ketenangan daripada gangguan ghaib.
Dari sudut syarak, meletakkan Surah Yasin iaitu mushaf Al-Quran, atau mana-mana kitab yang mengandungi ayat suci Al-Quran di bawah bantal ketika tidur adalah perkara yang dilarang.
Tindakan ini termasuk juga dengan menggunakan naskhah surah Yasin atau kitab agama lain sebagai alas kepala, walaupun niatnya adalah untuk melindungi diri daripada gangguan makhluk halus seperti jin.
Ulama menegaskan bahawa perbuatan ini dianggap merendahkan dan menghina kemuliaan Al-Quran, kerana setiap mukas urat dan ayat di dalamnya perlu dihormati dan dijaga kesuciannya.
Diharamkan daripada berbantalkan mashaf, iaitu menjadikan mashaf itu sebagai bantal dan diletakkan di bawah kepala.
Ini kerana perbuatan berbantalkan mushaf itu merupakan satu bentuk merendah-rendahkan dan penghinaan.
Mazhab Syafie secara khusus menekankan bahawa penggunaan kitab suci sebagai bantal ketika tidur adalah haram dan tidak dibenarkan dalam Islam, kerana ia bertentangan dengan adab dan penghormatan terhadap wahyu Allah.
Diharamkan menjadikan mushaf dan kitab-kitab agama sebagai bantal.
Kata al-Qadhi Husain, pengecualian diberikan jika dia takut kitab atau mushaf itu dicuri.
Sumber: Taqwa
The post Letak Yasin Bawah Bantal Sebab Takut Gangguan Jin? Ini Penjelasan Hukum Yang Anda Perlu Tahu first appeared on OHBULAN!.





