Ramai wanita menumpukan pada kecantikan luaran untuk tampak lebih yakin, namun kawasan pelipat tubuh seperti celah paha sering terlepas pandang dalam rutin penjagaan diri.
Artikel Berkaitan: Wajah Lebih ‘Glowing’ Dengan Teh Jujube, Rahsia Kecantikan Wanita Korea!
Artikel Berkaitan: Petua Tradisional Untuk Atasi Jeragat, Hanya Guna Bahan Di Dapur Je!
Boleh jejaskan keyakinan diri

Bahagian celah pelipat ini sangat mudah terdedah dengan masalah kulit sekiranya tidak dijaga dengan rapi, sekali gus boleh menjejaskan penampilan dan menurunkan tahap keyakinan diri.
Celah paha merupakan antara kawasan tubuh yang paling mudah mengalami perubahan warna, terutamanya dalam kalangan wanita yang bertubuh berisi.
Ketika berjalan, geseran antara kedua-dua paha berlaku hampir tanpa henti. Apabila keadaan ini bercampur dengan peluh, kawasan tersebut menjadi lembap, berminyak dan mudah mengalami iritasi.
Ramai yang cuba mengurangkan ketidakselesaan dengan menyapu bedak atau losen, namun kelegaan yang dirasai biasanya bersifat sementara.
Tanpa disedari, penggunaan bahan tersebut boleh menyebabkan pengumpulan sel kulit mati, seterusnya mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk pembiakan bakteria.
Akibatnya, kulit menjadi semakin kasar, gatal, kemerahan dan akhirnya bertukar menjadi kehitaman.
Walau bagaimanapun, keadaan ini masih boleh diperbaiki melalui beberapa rawatan semula jadi yang selamat dan mudah diamalkan di rumah.
Kaedah

Antara kaedah yang boleh dicuba ialah dengan mencampurkan perahan limau nipis dengan sedikit kapur sehingga menjadi pes.
Campuran ini disapu pada kawasan celah paha dan digosok perlahan selama kira-kira 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
Selain itu, gosokkan hirisan timun bersama kulit lemon selama 20 minit. Selain mencerahkan, ia berkesan mengurangkan lebihan minyak pada kulit.
Seterusnya, larutkan tawas ke dalam air dan gosok lembut pada celah paha menggunakan span untuk hasil yang lebih bersih.
Sapukan jus daripada parutan kunyit segar. Biarkan sehingga kering sepenuhnya sebelum dibilas untuk memanfaatkan khasiat semula jadinya.
Di samping itu, sapukan ubat gigi pada kawasan gelap selama 10 minit sebelum dibersihkan sepenuhnya.
Penjagaan harian turut memainkan peranan penting dalam mencegah masalah ini berulang.
Selepas mandi, kawasan paha hendaklah dikeringkan sepenuhnya kerana persekitaran yang lembap boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria dan kegatalan. Jika terasa gatal, elakkan menggaru dengan tangan, sebaliknya gunakan kain bersih.
Ketika mencukur, pastikan alat pencukur berada dalam keadaan tajam dan lakukan pencukuran mengikut arah pertumbuhan bulu bagi mengelakkan luka serta kekasaran kulit.
Amalan menggunakan skrub seminggu sekali juga digalakkan kerana ia membantu menanggalkan sel kulit mati, merangsang pertumbuhan sel baharu dan menjadikan kulit lebih cerah, halus serta kembali meningkatkan keyakinan diri.
Sumber: Sirap Limau
The post Tak Perlu Malu Lagi! Cerahkan Celah Paha Dengan Bahan Dapur Je, Memang Menjadi! first appeared on OHBULAN!.





