27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Simpan Baik-Baik: KWSP Terus Tingkatkan Tahap Literasi Kewangan Rakyat Malaysia

    Shopee Sale



    Masih terdapat sebilangan rakyat Malaysia yang belum faham cara mengurus kewangan dengan baik.

    Hal ini termasuklah  ilmu perancangan simpanan persaraan, pengurusan hutang dan perancangan kewangan dalam jangka masa panjang.

    Haa.. Sebenarnya, bukan korang je yang masih keliru tentang perkara ni, tapi admin pun sama tau.

    Atas usaha dan inisiatif berterusan,  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaksanakan  Program Literasi Kewangan Simpan Baik-Baik (PLKSBB) khusus kepada rakyat Malaysia dalam k membantu memahami cara menguruskan kewangan dengan lebih efektif!

    KWSP turun padang, jumpa orang ramai secara terus

    Seperti kita sedia maklum, KWSP mempunyai pejabat cawangan di seluruh negara. Tapi, kali ni lain sikit sebab KWSP ambil langkah untuk turun padang di beberapa lokasi terpilih bagi memperluaskan program PLKSBB.

    Apa yang best? KWSP bukan sekadar bawa staf untuk bagi talk atau seminar. Mereka juga bawa booth interaktif dengan aktiviti-aktiviti menarik, jadi orang ramai boleh belajar sambil enjoy!

    Melalui program ni, orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan khidmat nasihat kewangan secara terus daripada pegawai KWSP.

    Tak kisahlah kalau korang ada soalan tentang simpanan KWSP, cara melabur ataupun memerlukan tips pengurusan kewangan harian, semunya boleh dijawab oleh pegawai KWSP. .

    Antara lokasi terpilih yang telah mereka kunjungi adalah Setia City Mall dan UiTM Shah Alam pada November dan awal Disember lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Iqbal Zulkefli Terima Pujian, Baca Potongan Surah An-Nisaa’ Dengan Lancar & Merdu – ‘Saya Dah Hafal Dari Usia 13 Tahun’

    Mereka juga mengadakan program sama di  KWSP Learning Campus di Bangi pada Oktober dan Menara KWSP, Kwasa Damansara pada pertengahan November.

    Usaha ini semua dijalankan bagi memastikan kita semua tak terlepas peluang untuk mendapatkan panduan pengurusan kewangan yang berguna dan praktikal!

    KWSP komited untuk pastikan rakyat Malaysia lebih celik kewangan

    Satu perkara yang selalu dan akan terus menjadi komitmen utama KWSP adalah untuk mendidik orang ramai tentang literasi kewangan. Mereka kerap  turun padang, bahkan memperluas usaha mereka dari hujung utara sampai ke selatan!

    Tak kira buat orang-orang di bandar mahupun luar bandar, KWSP berusaha keras untuk menyampaikan ilmu kewangan yang tepat agar kita lebih bersedia untuk menghadapi cabaran di masa depan sekaligus mencapai kehidupan yang lebih selesa semasa persaraan nanti.

    Jom Mulakan Langkah Bijak Hari Ni!

    Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan ilmu pengurusan kewangan dan perancangan persaraan untuk membina masa depan yang lebih baik . Kalau nak tahu lebih lanjut, pastikan korang follow laman media KWSP seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan Youtube.

    Kunjungi juga laman web rasmi mereka untuk membaca artikel dan perkongsian terkini KWSP.

    Jom #SimpanBaikBaik, untuk pastikan  masa depan kewangan anda lebih cerah!

    The following two tabs change content below.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah