30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sid Murshid Dua Tahun Tak Jejak Bazar Ramadan – ‘Saya Masak Di Rumah’

    Shopee Sale

    Cef selebriti Sid Murshid, mengakui mempunyai sebab tersendiri apabila memilih untuk tidak membeli makanan di bazar Ramadan semenjak dua tahun lalu.

    Artikel Berkaitan: Sid Murshid Akui Rindu Bidang Nyanyian, Kini Fokus Pada Masakan – ‘Kulinari Juga Adalah Seni’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sid Murshid Buat Coklat ‘From Scratch’, Netizen Seloroh Lebih Baik Beli Saja – ‘Hantar Sikit Rajin Tu’

    Masakan sendiri

    Ketika ditemui pemilik nama Murshid Mahmud, 33, itu menjelaskan dia kurang gemar makan makanan yang sudah terbiar lama kerana berkemungkinan ia boleh menjejaskan rasa juadah tersebut.

    Justeru, Sid lebih selesa memasak dan menyediakan sendiri juadah berbuka puasa di rumahnya.

    Pastinya masak sendiri, sudah dua tahun berturut-turut saya tak pergi bazar. Saya masak di rumah.

    Bila kita beli makanan bungkus, selepas biar ia dalam sejam..rasanya akan berkurang. Sebab itu saya kurang gemar membeli makanan yang telah dibungkus ketika berbuka.

    Ada juga (beli makanan tak sedap dan kurang bersih), saya rasa ramai yang ada pengalaman sama. Tetapi itu bukan sebab utama saya tidak mahu beli di bazar.

    Cuma saya tak suka biar makanan menjadi sejuk.

    Mengulas tentang penjual makanan yang tidak bertanggungjawab, Sid menegaskan bahawa mereka perlu mempunyai kemahiran memasak sebelum menjual kepada orang ramai.

    Kalau nak berniaga seharusnya kena mahir dalam menjual sesuatu makanan kerana mereka akan peroleh wang daripada pembeli.

    Sid berkata demikian ketika ditemui di program demonstrasi masakan yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Cucu Nakal Digunting Telekung Nenek Pon Seperti Mainan, Alahai Nenek Tidak Tahu Patutkah Marah!

    Sementara itu, pelantun lagu Lelah tersebut turut berkongsi pilihan juadah berbuka puasa yang menjadi kegemarannya ketika tiba bulan Ramadan.

    Setiap kali berbuka puasa, mesti kena ada nasi dan wajib mengikut sunnah berbuka dengan sebiji kurma.

    Kalau saya, saya lebih gemar kurma yang lembut berbanding yang jenis keras.

    Untuk lauk-pauk pula, saya suka masakan Melayu.

    The post Sid Murshid Dua Tahun Tak Jejak Bazar Ramadan – ‘Saya Masak Di Rumah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah