Pelakon dan usahawan, Syifa Melvin membidas segelintir pihak yang mempersoalkan tindakan dia bersama adik-beradik lain yang turut hadir ke rumah kelamin adiknya, Syida Melvin dan bekas suami, Syafiq Azim.
Artikel Berkaitan: Syafiqa Melvin Dedah ‘Screenshot’ Bekas Adik Ipar – ‘Nampak Baik Di Media Sosial, Pijak Semut Tak Mati’
Artikel Berkaitan: Syafiqa Melvin Minta Bantuan Cari Rumah Sewa Untuk Syida – ‘Kesian Anak-Anak Dia Duduk Merata’
Adik-beradik protective

Menerusi satu hantaran di Threads, Syifa, 32, menjelaskan kehadiran mereka ke kediaman berkenaan adalah bagi memastikan keselamatan Syida serta mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Siapa yang cakap adik-beradik tak payah masuk campur, kau boleh diam.
Kau nak tengok adik aku kena tikam berdarah, kena hempuk dengan orang gila ke baru nak diam?.
Syifa turut menyelar pihak yang mempertikaikan tindakan tersebut dan menyifatkan mereka mungkin tidak memahami kepentingan sokongan serta perlindungan daripada ahli keluarga sendiri.
Kalau adik-beradik kau tak supportive, tak protect kau, kau jangan cakap macam ini!.
Terdahulu, Syida bersama adik-beradiknya hadir ke kediaman berkenaan bagi meminta Syafiq keluar dari rumah yang pernah didiami mereka sebagai suami isteri.
Bagaimanapun, Syafiq beberapa kali dilihat mempertahankan dirinya ketika berdepan situasi tersebut, malah turut melakukan perkara di luar jangkaan seperti bergelak ketawa, menikmati makanan dan menyapu rumah.
Sumber: Threads
The post ‘Siapa Cakap Adik-Beradik Tak Payah Masuk Campur, Kau Boleh Diam!’ – Syifa Melvin first appeared on OHBULAN!.





