Havoc Event & Management Sdn. Bhd. sekali lagi bakal mencetus fenomena apabila menganjurkan acara mega tahunan, Havoc Trio Festival 2025 yang menghimpunkan tiga segmen utama Year-End Sale, Food Festival dan Back to School Fair di bawah satu bumbung.
Artikel Berkaitan: Havoc Food Festival Cipta Sejarah, Raih Pengiktirafan Malaysia Book Of Records
‘Shopping, Eat & Enjoy’

Festival yang dijadual berlangsung selama empat hari dari 4 hingga 7 Disember 2025 di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur itu akan dibuka kepada pengunjung dari jam 11 pagi hingga 11 malam setiap hari.
Lebih 300 vendor daripada pelbagai kategori bakal menyertai festival ini, termasuk makanan viral, produk gaya hidup, kelengkapan persekolahan dan barangan pendidikan. Acara ini dijangka menarik lebih 500,000 pengunjung.
Mengangkat tema ‘Shopping, Eat & Enjoy’, festival ini menjanjikan pengalaman berbeza kepada pengunjung yang ingin berbelanja sambil menikmati sajian menarik dan hiburan dalam suasana penuh warna-warni.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn. Bhd. Datuk Firdaus Nadxaman, penganjuran kali ini bukan sekadar sebuah festival, sebaliknya platform untuk menyatukan komuniti, usahawan, pelancong dan keluarga.
Havoc Trio Festival bukan sekadar festival, tetapi satu platform untuk menyatukan komuniti. Kami mahu menjadikannya sebagai festival rakyat yang dapat merancakkan ekonomi tempatan sambil menghidupkan semangat kebersamaan hujung tahun.
Tahun ini lebih istimewa dengan kehadiran ramai selebriti, jenama besar serta aktiviti Islamik dan kerohanian yang memberi nilai tambah kepada seluruh pengunjung.
Ramai artis popular

Selain promosi jualan akhir tahun, pengunjung turut berpeluang menikmati diskaun besar-besaran, aktiviti komuniti, persembahan artis, serta pelbagai kejutan setiap malam.
Buat pertama kali, Havoc Trio Festival 2025 turut memperkenalkan segmen Islamik dan kerohanian yang menonjolkan elemen perpaduan ummah.
Antara program yang dirancang termasuk malam mahabbah, malam kerohanian bersama pendakwah jemputan, serta persembahan nasyid dan penampilan istimewa penyanyi lelaki popular.
Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) Havoc Event & Management Sdn. Bhd, Faizul Mohd Yusof, berkata, pihaknya menambah baik aspek teknikal dan keselamatan bagi memastikan keselesaan semua pengunjung.
Dari segi teknikal dan perancangan, kami telah mempertingkatkan struktur keselamatan, aliran trafik pengunjung dan kemudahan untuk usahawan agar pengalaman di Havoc Trio Festival 2025 lebih lancar.
Kami juga memperkenalkan pelbagai variasi aktiviti serta promosi besar-besaran untuk dinikmati semua lapisan masyarakat.
Menariknya, antara sorotan utama festival kali ini ialah kemunculan semula artis kontroversi, Aliff Aziz yang dijemput khas membuat persembahan istimewa selepas sekian lama tidak muncul di pentas Malaysia.
Turut sama memeriahkan acara ialah Mark Adam, Ruhainies, Risteena, Syura Badron, Qistina Raisya, Daud Latah, Chef Ammar, Azza Elite, Saharul Ridzwan, Vokey, Zarina Zainuddin dan ramai lagi.
Selain persembahan artis, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Food Challenge, Lucky Draw Harian, Happy Hour Sale Countdown, Back to School Giveaway, persembahan malam kerohanian dan permainan rakyat.
The post ‘Shopping, Eat & Enjoy’ Di Havoc Trio Festival 2025! Aliff Aziz, Ruhainies & Mark Adam Antara Bakal Memeriahkan Acara first appeared on OHBULAN!.





