25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shila Amzah Raikan 25 Tahun Perjalanan Seni, Hadiahkan Konsert Istimewa Untuk Peminat

    Shopee Sale

    Penyanyi dan komposer, Shila Amzah bakal meraikan perjalanan kariernya selama 25 tahun dalam industri muzik menerusi sebuah konsert istimewa berjudul ‘Resonance: Shila Amzah in Harmony – 25 Years of Music and Memories’.

    Artikel Berkaitan: Klien Mahu Anak Shila Amzah Jadi Talent, Ubai Seloroh – ‘Wah Awal Lah Dapat Myvi’

    25 tahun bergelar penyanyi

    Shila atau nama lengkap Nurshahila Amir Amzah, 36, meluahkan rasa syukur dan teruja apabila impian untuk menjayakan konsert berprestij akhirnya menjadi kenyataan.

    Untuk meraikan 25 tahun dalam industri muzik, saya akan mengadakan sebuah konsert istimewa di Dewan Filharmonik Petronas iaitu ‘Resonance: Shila Amzah in Harmony – 25 Years of Music and Memories’.

    Pada Sabtu jualan tiket telah pun bermula untuk ahli Friends of DFP (Platinum dan Gold) di Box Office, DFP.

    Untuk anda yang bukan ahli, jangan risau. Tiket Early Bird akan mula dijual pada 13 Oktober 2025 di laman web dfp.com.my.

    Konsert ini bakal mengimbau perjalanan Shila dalam dunia muzik, termasuk detik awal pembabitannya sebagai penyanyi cilik, kejayaan di peringkat antarabangsa serta pencapaian sebagai antara vokalis wanita terbaik Malaysia.

    MENARIK:  Madammu membela diri selepas dikritik memberikan telefon kepada bayinya - 'Anak-anak saya belajar bahasa Inggeris dari telefon, jangan meremehkan'

    Shila yang terkenal dengan lagu-lagu popular seperti Patah Seribu, Masih Aku Cinta dan Tiada Dirimu turut dijangka mempersembahkan beberapa lagu baharu dalam konsert tersebut.

    Sumber: Instagram

    The post Shila Amzah Raikan 25 Tahun Perjalanan Seni, Hadiahkan Konsert Istimewa Untuk Peminat first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah