27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [FOTO] Jofliam & Dewi Buat Pelamin Atas Air, Hias Buggy Dengan Reben Pink & Netizen Tuntut Pizza Percuma

    Shopee Sale



    Hari ini, media sosial dipenuhi dengan majlis pernikahan pempengaruh dan usahawan, Jofliam bersama pilihan hati, Emira Delyati Dewi yang berlangsung dalam suasana sederhana.

    Momen pernikahan Jofliam & Dewi

    Berikut disenaraikan momen-momen penuh makna yang terjadi sepanjang majlis berlangsung:

    1. Difahamkan, majlis pernikahan diadakan di banglo mewah sewaan Jofliam yang diduduki bersama kedua anaknya, Han dan Yuki.

    2. Tidak seperti yang lain, Jofliam membuat pelamin di atas air menggunakan khidmat perancang perkahwinan, Munstara Event selain menghiasinya dengan bunga berwarna putih.

    3. Dewi mengenakan busana berwarna putih serta bertudung, sementara itu Jofliam turut mengenakan persalinan baju Melayu berwarna putih lengkap bersongkok dan bersampin.

    4. Busana Dewi ditempah khas dengan pereka fesyen Firdaus Hakimi Kuala Lumpur manakala Syed Dewa telah diambil sebagai jurusolek pengantin wanita.

    MENARIK:  Amylea Berhasrat Untuk Menyaman Individu Yang Memanfaatkan Kisah Arwah Bapanya Untuk Meningkatkan Jualan Insurans

    5. Sebelum berlangsungnya majlis, Jofliam menghiasi buggy dengan meletakkan ribbon berwarna merah jambu.

    6. Orang ramai tidak sabar untuk menuntut pizza percuma kerana sebelum ini Jofliam melakukan perjanjian akan membelanja pizza percuma sekiranya dia menamatkan zaman dudanya.

    7. Bagaimanapun, kelibat Han dan Yuki tidak kelihatan di majlis tersebut.

    8. Berdasarkan hantaran di Instagram bekas isteri Jofliam, Cik Epal, mereka masih beraya bersama dan sedang menghadiri rumah terbuka usahawan dan pempengaruh, Anas Zahrin.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah