
Usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri tampil berkongsi tips perkahwinan selepas menonton video pergaduhan antara pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam.
Kongsi tips
Tips Rumah Tangga – Dato Aliff Syukri #aliffsyukri
? A comical comedy orchestra(1610450) – LeonardoFujimura
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman terpanggil untuk berkongsi nasihat tentang rumah tangga ketika suami dan isteri sedang berdepan dengan pertelingkahan.
Bila bergaduh kita akan menghina, mengungkit dan memburukan pasangan kita.
Jangan letakkan diri sebagai suami sebab kau ego dan fikir diri itu sentiasa betul. Jangan juga letakkan diri sebagai isteri sebab kau akan minta hak kau, minta dihormati dan dikasihi.
Tetapi kedua-duanya perlu meletakkan diri mereka sebagai sahabat. Bila jadi sahabat kita takkan sensitif.
Menurut Aliff, perasaan sayang juga adalah elemen penting yang perlu ada dalam perkahwinan.
Kena sayang antara satu sama lain, sayang bukan kerana duit.
Bila kita betul-betul sayang, masalah akan jadi nombor dua dan masalah itu akan berkurang.
Sifat wanita

Selain itu, usahawan berusia 38 tahun tersebut juga berkongsi tentang emosi isteri yang perlu difahami oleh suami.
Ketika situasi sedang panas, jangan duduk dekat.
Contoh macam saya, nampak saja Shahida tu lembut tapi kalau bergaduh keluar taekwondo.
Perempuan kalau bergaduh semua binatang peliharaan dalam Zoo Negara dia akan keluarkan.
Bila dia bercakap dia kurang akal dan lebih kepada emosi. Tapi dalam hati, dia ingin dipujuk, dirayu dan dipeluk.





