Selepas berehat panjang, penyanyi, Shila Amzah kembali dengan single terbaharu berjudul Pernah Punya Aku yang merupakan sebuah karya ditulis dan digubah sepenuhnya sendiri.
Artikel Berkaitan: Shila Amzah Mahu Mangsa Keganasan Rumah Tangga Berani Bersuara & Pertahankan Diri – ‘Lawan, Tinggalkan Hubungan Toksik Itu’
Artikel Berkaitan: Shila Amzah ‘Tutup Kilang’, Cukup Ada Seth & Rhea – ‘Saya Nak Anak-Anak 100% Dapat Perhatian’
Pernah Punya Aku

Lagu yang penuh dengan emosi dan kejujuran, Shila berkata Pernah Punya Aku menandakan fasa kematangan dirinya selepas 25 tahun bergelar anak seni.
Jelas Shila, meskipun lagu ini menyentuh tema kekecewaan dan kesedihan dalam sebuah hubungan, dia tetap menyuntik unsur harapan dan kekuatan agar mampu menjadi ruang pemulihan buat para pendengar.
Ketika itu, emosi saya tidak stabil. Suami menyarankan agar saya cuba luahkan apa yang saya rasa melalui lagu dan dari situlah lahirnya Pernah Punya Aku.
Lagu itu bukan sekadar luahan tetapi juga proses penyembuhan buat diri saya. Walaupun lagu ini sedih, saya mahu pendengar tahu bahawa di balik setiap kepedihan ada jalan keluar.
Lagu ini adalah refleksi perasaan ramai wanita yang pernah ditinggalkan atau dikhianati tetapi dalam masa yang sama saya selitkan kata-kata semangat supaya mereka tahu mereka tidak bersendirian.
POV Ibu dicurangi

Berkaitan rapat dengan mesej dalam lagu ini, Shila memilih untuk memperdengarkan karya tersebut terlebih dahulu kepada ibunya, Fauziah Sarman.
Lagu ini saya tujukan kepada seorang wanita yang dicurangi dan ditinggalkan. Saya mahu ibu saya mendengarnya dahulu kerana dia lebih dekat dengan sudut pandang itu.
Alhamdulillah, menurutnya, lagu ini sangat menyentuh dan menggambarkan apa yang pernah dia rasa.
Pernah Punya Aku merupakan single pertama daripada album penuh terbaru Shila yang akan dikeluarkan hujung tahun ini.
Lagu terbitan Nova Music ini boleh distrim di semua pelantar penstriman muzik dan muzik video rasmi lagu tersebut boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos.
The post Shila Amzah Lancar ‘Pernah Punya Aku’, Ibu Orang Pertama Dengar – ‘Lagu Ini Saya Tujukan Kepada Wanita Dicurangi’ first appeared on OHBULAN!.





