31 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shiha Zikir Nasihat Amad Dayyan Jaga Percakapan Dengan Orang Dewasa – ‘Janji, Jangan Ulang Salah Sama’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Shiha Zikir menitipkan nasihat buat pendatang baharu, Amad Dayyan agar lebih berhati-hati sewaktu bertutur khususnya ketika berdepan dengan orang yang lebih dewasa.

    Artikel Berkaitan: Bekas Suami Siti Saerah Sebak Lihat Persembahan Ahmad Dayyan – ‘Aku Menitis Air Mata Sebab Bangga’

    Jaga percakapan

    Pemilik nama lengkap Nurshiha Mohd Zikir, 37, menegaskan setiap anak seni yang masih muda perlu tahu batas dalam percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain tanpa disedari.

    Jangan cakap begitu dengan orang lain, tidak boleh cakap “awak ini, awak itu….”. Sebab Amad masih muda dan baharu.

    Amad kena pandai jaga tutur dan adab, kena ‘humble’. Mungkin kalau Amad jumpa orang lain yang lebih tegas daripada saya, siap lah Ahmad.

    Nasihat itu diberikan ketika Shiha dan Amad sedang berlatih bersama di sebuah studio.

    MENARIK:  ‘Rasa Malas, Lemah & Marah’ – Elfira Loy Takut Penyakit Ain

    Difahamkan, situasi berkenaan tercetus apabila Amad secara spontan menegur Shiha kerana tersalah lirik sewaktu menyanyikan lagu 7 Nasihat.

    Anak kepada penyanyi Siti Saerah kemudian dengen segera memohon maaf kepada Shiha.

    Shiha menasihati Amad agar lebih berlapang dada dan tidak cepat menegur orang lain, sebaliknya memberi tumpuan pada dirinya sendiri.

    Walau orang itu buat silap macam mana pun, Amad kena fokus dengan diri Amad sahaja. Janji dengan saya tidak akan ulangi kesalahan sama dengan orang lain.

    Sumber: TikTok

    The post Shiha Zikir Nasihat Amad Dayyan Jaga Percakapan Dengan Orang Dewasa – ‘Janji, Jangan Ulang Salah Sama’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah