34 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sherry Ibrahim Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu

    Shopee Sale



    Pelakon Sherry Ibrahim meluahkan rasa gembira apabila berjaya menakluk puncak Gunung Kinabalu, semalam. Tahniah!

    Berjaya sampai ke puncak

    Menerusi sebuah posting di Instagram, Sherry berkata, dia tiba di puncak Gunung Kinabalu sebelum matahari terbit sekitar pukul 6 pagi selain disambut dengan kemunculan pelangi yang indah.

    Tambah Sherry, perjalanan ke puncak bukan hanya tentang cara pendakian sahaja tetapi lebih kepada menguji ketahanan fizikal serta mental.

    7 Julai 2024, syukur Alhamdulillah Sherry okay, Sherry berjaya. Saya berjaya sampai ke puncak sebelum matahari terbit dan melihat pelangi yang indah selepas hujan.

    Perjalanan ke puncak ini lebih daripada sekadar pendakian fizikal. Ia menguji ketahanan, keazaman dan daya tahan yang mendorong kekuatan saya secara fizikal dan mental.

    Bercerita lebih lanjut, pelakon ‘Dunia Baru’ ini memberitahu pendakian tersebut merupakan pengalaman pertama dan terakhirnya mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara itu.

    Ujar Sherry lagi, kakinya tidak lagi merasa dapat menjejak tanah ketika turun ke kaki gunung tersebut.

    Kenali kawan baru saya dan mereka semuanya kuat dan luar biasa. Pada akhirnya bukan gunung yang kita takluki tetapi diri kita sendiri. Ini pertama dan terakhir ya ‘Mr Akinablu’ (Gunung Kinabalu) dan saya tak dapat ‘rasa’ kaki saya sepanjang perjalanan turun dari gunung.

    Terdahulu, Sherry memohon doa daripada pengikutnya di Instagram agar pendakiannya ke puncak Gunung Kinabalu berjalan lancar.

    MENARIK:  [VIDEO] Suka Pujuk Isteri Rahsia Rumah Tangga Yusof Haslam Kekal 41 Tahun – ‘Kalau Bagi Bunga Tapi Perangai Masih Sama, Tak Guna Juga’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah