
Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa terkilan kerana arwah bapanya tidak dapat menyaksikan kejayaan filem Blood Brothers: Bara Naga yang sedang ditayangkan di pawagam.
Terkilan tapi bapa berada di tempat lebih baik

Ketika ditemui , pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata bapanya, Datuk Basir Ahmad menjadi penyumbang besar buat kejayaan yang dikecapi pada hari ini.
Saya tahu mesti akan ada sedikit terkilan tapi saya yakin dia berada di tempat yang lagi gembira dan sudah tentu dia juga bahagia.
Sharnaaz berkata demikian ketika ditemui dalam mini sidang media filem Blood Brothers: Bara Naga di Balai Berita, Bangsar baru-baru ini.
Tak pernah guna nama bapa

Menceritakan kembali perjalanan dalam industri seni, Sharnaaz berkata dia tidak pernah menggunakan nama bapanya untuk menjadi relevan.
Penampakan saya dalam industri ini memang daripada bawah saya seorang diri dan saya tidak pernah menggunakan nama papa.
Walaupun papa boleh dikatakan artis tetapi saya naik atas dasar usaha saya sendiri. Dia adalah idola saya selamanya.
Papa pun penglihatan dia kurang jelas sebab sebelah mata dia tak nampak.
Jadi saya rasa mungkin di sana Tuhan kurniakan dia kedua-dua belah mata yang boleh nampak.
Saya rasa papa bangga dengan pencapaian saya, Insya-Allah.
Pada 27 November tahun lalu, bapa Sharnaaz telah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 1.40 pagi Rabu.





