28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sharifah Sakinah Puji Sikap Aidil Aziz – ‘Pelakon Paling Mudah Bekerjasama, Tak Pernah Dengar Merungut’

    Shopee Sale

    Pelakon, Sharifah Sakinah meluahkan rasa kagum terhadap sikap dan profesionalisme Aidil Aziz sepanjang mereka bekerjasama di set penggambaran.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Pastikan Tiada Lipas, Cicak & Tikus’ – Sharifah Sakinah Miliki Cara Tersendiri Elak Sihir

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Sakinah Dedah Lelaki Barat Lebih Bertanggungjawab, Hargai Kecantikan Asli Wanita – ‘Mereka Suka Beri Pujian Kecil’

    Senang bekerja

    Menerusi komen di Instagram, pemilik nama Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 37, memuji suami kepada pelakon, Fasha Sandha itu antara pelakon paling mudah untuk bekerjasama.

    Sejujurnya, Aidil adalah antara pelakon yang paling mudah pernah saya bekerjasama. Dia senang berkomunikasi, bincang idea, baik hati dan sentiasa menepati masa.

    Sepanjang di set, saya tidak pernah dengar dia merungut.

    Setiap kali ada gosip, dia memilih untuk menjauhkan diri.

    Kata Sakinah lagi, Aidil turut menyantuni semua individu yang terlibat dalam produksi tersebut dengan penuh sopan santun.

    MENARIK:  Aliff Aziz Belum Jumpa Pengganti, Berada Dalam Fasa Bahagia – ‘Saya Ingin Terus Perbaiki Diri’ 

    Sakinah juga tidak menafikan bahawa Fasha memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi Aidil.

    Dia melayan semua orang dalam produksi dengan penuh hormat, daripada yang paling atas hinggalah ke bawah.

    Sangat jarang nak jumpa pelakon gandingan, lebih-lebih lagi seorang hero, yang langsung tiada sikap atau ”attitude‘.

    Dia membuatkan seluruh produksi rasa tidak terbeban dan senang bekerja.

    Di sebalik ketenangan serta kekuatan itu, jelas dia mempunyai seorang isteri yang sangat menyokongnya.

    Sumber: Instagram

    The post Sharifah Sakinah Puji Sikap Aidil Aziz – ‘Pelakon Paling Mudah Bekerjasama, Tak Pernah Dengar Merungut’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah