27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sharifah Rose Terkejut Syafi Tee Luah Perasaan – ‘Saya Selesa Berkawan Dengan Dia Sebagai Rakan Industri’

    Shopee Sale

    Pelakon Sharifah Rose tampil memberi respon selepas aktor Syafi Tee mengakui mula menaruh perasaan terhadapnya ketika mereka digandingkan dalam satu drama baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Sharifah Rose Tak Minat Lelaki Badan ‘Sado’, Cari Calon Suami Yang Lemah Lembut & Aktif Sukan

    Artikel Berkaitan: [FOTO] Hujung Minggu Yang Epik! Ezzrin Loy Bawa Sharifah Rose Tengok Perlumbaan MotoGP Di Sepang

    ‘Saya selesa kawan sebagai rakan industri sahaja’

    Ketika ditemui , Sharifah Rose atau nama sebenarnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira mengakui terkejut apabila mengetahui perkara itu dan menegaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar rakan industri.

    Saya kenal dia pun dekat set tu saja. Itulah pertama kali saya jumpa dia. Dia ada cakap dia selesa berkawan dengan saya, berborak dan sebagainya.

    Tapi yang tentang perasaan tu, saya tak tahu menahu. Mungkin dia suka sebagai kawan kut sebab dia tak pernah cakap apa-apa pun pada saya.

    Saya selesa kawan dengan dia sebagai rakan industri sahaja,

    Sebaliknya pelakon berusia 27 tahun ini menganggap perasaan yang diluahkan oleh Syafi mungkin hanya sebahagian daripada usaha mencari keserasian ketika berlakon bersama.

    Saya anggap benda tu sebahagian daripada karakter je. Kadang-kadang bila digandingkan, orang nak cari chemistry, jadi usik-usik tu biasa. Tapi saya tak nampak pun dia tunjuk hint atau bagi apa-apa tanda.

    Sharifah Rose berkata demikian ketika ditemui di sesi fotografi drama Doa Yang Terlindung, di Balai Berita Bangsar pada Selasa.

    MENARIK:  ‘Tiket Sehala’ Angkat Kisah Mangsa Scam Kerja Luar Negara, Gabung Pelakon Empat Benua

    ‘Dia seorang yang baik’

    Sementara itu, pelakon drama Cinta Bukan Milik Kita itu menjelaskan, dia lebih selesa memilih pasangan dari luar industri seni.

    Secara jujurnya, saya tak nak pasangan dalam kalangan pelakon. Kalau habis shooting, saya terus balik. Tak ada nak lepak atau berhubung di luar.

    Saya rasa kalau boleh, biarlah lelaki tu dari luar bidang ni. Kita tahu dunia pelakon ni ada pasang surut. Jadi mestilah saya nak lelaki yang stabil.

    Bagaimanapun, Sharifah Rose menyifatkan Syafi seorang lelaki yang baik selain mengakui dia tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya mereka digandingkan semula dalam projek lakonan pada masa akan datang.

    Saya rasa dia seorang yang baik. Cuma mungkin kami tak kenal sangat antara satu sama lain.

    Kalau digandingkan lagi selepas ini, saya okey saja sebab kami tak ada masalah antara satu sama lain. Cuma biarlah perasaan dia tu sampai dekat dia sahaja.

    Sebelum ini, pelakon Syafi Tee mengakui tertarik dengan personaliti aktres, Sharifah Rose ketika digandingkan dalam drama komedi Jiran Tepi.’

    The post Sharifah Rose Terkejut Syafi Tee Luah Perasaan – ‘Saya Selesa Berkawan Dengan Dia Sebagai Rakan Industri’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah