27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Mestilah Rasa Sedih Baca Kecaman Itu, Maaf Persembahan Live Saya Tak Sebaik Awak Harapkan’ – Ceddy Ang

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial dan penyanyi, Ceddy Ang meluahkan rasa sedih selepas membaca kecaman netizen yang diterima di media sosial baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Ceddy Ang Tampil Dengan Single Kedua ‘Asal Ada Kamu’, Tak Gentar Dikritik – ‘Suara Sumbang Boleh Dibaiki’

    Artikel Berkaitan: Ceddy Ang Kongsi Pandangan Isu Artis Sombong – ‘Artis, Peminat Kena Ada Empati, Saling Memahami’

    Anggap sebahagian daripada proses

    Menerusi satu hantaran di Threads, Ceddy menganggap perkara tersebut sebagai sebahagian daripada proses dalam perjalanan sebagai seorang penyanyi.

    Mestilah rasa sedih sedikit bila baca kecaman-kecaman itu.

    Tapi itu memang sebahagian daripada proses, kan?

    Sudah cuba sehabis baik

    Dalam pada itu, Ceddy turut memohon maaf kerana persembahan nyanyiannya secara langsung tidak memenuhi harapan sesetengah pihak.

    Sekali lagi, saya minta maaf sebab persembahan live saya tak sebaik yang awak semua harapkan.

    Saya dah berlatih banyak kali supaya bunyinya sama seperti rakaman saya.

    Tambahnya lagi, penerimaan terhadap lagu ‘Asal Ada Kamu’ juga bergantung kepada citarasa masing-masing.

    Dan kalau awak tak suka lagu itu, memang saya tak boleh buat apa sebab itu masing-masing punya citarasa, kan?

    Tapi kepada yang menyanyi dan menari lagu ‘Asal Ada Kamu’, terima kasih banyak-banyak.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Fuh, Penuh Makna! Filem Pendek PETRONAS Menyentuh Hati dan Membangkitkan Semangat.

    The post ‘Mestilah Rasa Sedih Baca Kecaman Itu, Maaf Persembahan Live Saya Tak Sebaik Awak Harapkan’ – Ceddy Ang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah