28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Setiausaha MKM kesal privasi pemimpin gunakan sebagai modal politik

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung Majlis Keadilan Malaysia (MKM) Aqeef Salih menyatakan rasa kesal selepas mendakwa ruang privasi pemimpin digunakan sebagai modal politik pihak tertentu.

    Ini selepas mantan Pengerusi MKM Ram Erfan Zur Nuqman yang mengumum keluar daripada PKR semalam, mendakwa pada awalnya, Aqeef bersependapat bahawa PKR hari ini bukan lagi parti yang sama pada zaman reformasi.

    "Saya kesal kerana ruang privasi pemimpin digunakan sebagai modal politik untuk memecah-belahkan MKM.

    "Saya menyeru semua pihak agar berhenti memainkan spekulasi in dan kembali fokus kepada agenda kebajikan mahasiswa yang lebih utama.

    "Saya tetap teguh dengan amanah saya dan tidak akan membiarkan serangan peribadi ini menggugat fokus saya sebagai Setiausaha Agung MKM," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Semalam, Ram Erfan dalam satu media mengesahkan lapan pemimpin Majlis Pimpinan Pusat MKM termasuk dirinya sendiri keluar dari PKR selepas menyatakan hilang kepercayaan terhadap presiden parti itu, Anwar Ibrahim, selaku perdana menteri.

    Selain Ram Erfan, turut mengumumkan keluar ialah timbalan pengerusi R Paarveen, naib pengerusi II Ismail Hakim, setiausaha kerja Muhammad Zuhair Hazman Zohari, setiausaha kerja II Khairunnabiha Baharin, bendahari Emy Azariena, ketua penerangan Muhammad Luqman Hakim Mohd Kamal dan ketua biro seni, budaya dan sukan Muhammad Danish Fitri Mohd Razi.

    Sementara, naib pengerusi III, Saw Zi Xuan pula meletak jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat MKM namun kekal dalam parti.

    Dalam sidang media yang sama, Ram Erfan berkata bahawa Aqeef walaupun tidak letak jawatan atau keluar parti, namun bersetuju dengan pendapat pemimpin yang keluar parti bahawa PKR sedang hilang hala tuju.

    MENARIK:  Pemuda kecam bomba akui terlepas cakap kerana tertekan

    Bagaimanapun, menurutnya Aqeef mengambil pendirian berbeza selepas MKM membuat kenyataan media pertama yang dibuat pada 10 Mei bahawa majoriti pemimpin sayap tersebut telah hilang kepercayaan terhadap Anwar.

    "Walaupun dia tidak menyatakan untuk letak jawatan, saya mempunyai bukti mesej daripada saudara Aqeef yang jelas menyatakan bahawa PKR bukan lagi parti seperti dulu (parti reformasi).

    "Namun, dia juga buat U-turn atas sebab yang kita tidak pasti," kata Ram Erfan sebelum ini.

    Sementara itu, Aqeef berkata tangkap skrin (screenshot) perbualan peribadi dia bersama Pengerusi MKM didedahkan kepada umum adalah cubaan untuk memutar belit konteks perbualan tersebut bagi menggambarkan seolah-olah dia telah hilang kepercayaan terhadap PKR.

    "Frasa seperti 'tawar hati' atau 'lari dari akar perjuangan' adalah bentuk luahan jujur dan kritikan membina dalam kapasiti saya sebagai setiausaha agung yang mahukan parti terus cemerlang.

    "la adalah perbincangan dalaman antara dua pemimpin untuk bermuhasabah, bukannya satu deklarasi untuk meninggalkan parti.

    "Pendedahan mesej tersebut secara terpilih tanpa menunjukkan keseluruhan perbincangan adalah satu tindakan tidak profesional yang bertujuan untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap integriti saya," katanya.

    Malaysiakini telah menghubungi Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh untuk mendapatkan status terkini MKM.

    Ini kerana menurut Fasal 13.3 Perlembagaan MKM, apabila lebih daripada satu per tiga ahli majlis pimpinan pusat meletakkan jawatan, maka kepimpinan sayap siswa PKR itu terbubar dengan sendirinya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah