Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Aleya mengesahkan dirinya sudah bercerai dengan suami, Mohammed Azam Abdullah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hukum Tindik Hidung Adalah Haram, Walaupun Suami & Mak Ayah Reda’ – PU Syed Tegur Sharifah Aleya
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Aleya Tak Kisah Dikecam, Akui Dah Lama Teringin Tindik Hidung – ‘Suami Saya Suka, Korang Tak Suka Tak Apa’
‘Saya kini sah bercerai’
View this post on Instagram
Berita itu dikongsikan oleh Aleya atau nama lengkapnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 44, menerusi hantaran video di Instagram.
Bagaimanapun, aktres itu tidak mendedahkan secara terperinci punca perpisahannya dengan bekas suami.
Assalamualaikum, video reel (Instagram) ini merupakan kompilasi kenangan yang dirakam dan dikongsi sejak November 2025. Saya berkongsi pada hari ini kerana hari ini menandakan berakhirnya tempoh idah saya.
Saya kini sah bercerai. Alhamdulillah.
Berkongsi keadaan dirinya dengan anak-anak, Aleya memaklumkan mereka dalam keadaan baik-baik sahaja.
Kami dalam keadaan baik dan saling menyokong antara satu sama lain mengharungi fasa ini.
Alhamdulillah, kami mempunyai sistem sokongan yang sangat luar biasa.
Ujar Aleya, dia berkongsi tentang status rumah tangganya kepada umum untuk mengelakkan sebarang fitnah.
Perkongsian ini dibuat untuk elak fitnah dan untuk maklumkan kepada semua kami dalam keadaan baik. Insya-Allah.
Jika tidak keberatan, selitkanlah nama saya dan anak-anak dalam doa kalian. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan mengampuni kami.
Untuk rekod, Aleya dan Mohammed Azam Abdullah atau lebih dikenali sebagai Miko mendirikan rumah tangga pada Januari 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ali Abdullah, 11, dan Ahyan Abdullah, 9.
Sebelum ini, Aleya pernah berkahwin dengan Muhd Ashraf Aasimuddin pada Disember 2007 dan bercerai pada Februari 2012. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak kembar iaitu Aza Ameena dan Asha Ameena, 17.
Sumber: Instagram Sharifah Aleya
The post Sharifah Aleya Sah Bercerai Selepas 13 Tahun Mendirikan Rumah Tangga – ‘Saya & Anak-Anak Dalam Keadaan Baik’ first appeared on OHBULAN!.





