29 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Seperti Dulu’ Surat Cinta Istimewa Insomniacks Untuk Peminat

    Shopee Sale

    Kumpulan pop rock popular, Insomniacks melancarkan single terbaharu berjudul ‘Seperti Dulu’ pada 29 Ogos lalu, yang digambarkan sebagai ‘surat cinta’ istimewa buat peminat setia mereka.

    Artikel Berkaitan: Dibanjiri 2,400 Penonton, Konsert ‘Insomniacks – Echoes Of A Dream’ Bikin Zepp Kuala Lumpur Bergema

    Seperti Dulu

    Menurut anggota Insomniacks, buah tangan terbaharu itu merupakan hadiah kepada peminat yang tidak henti menyokong karier seni mereka sejak dahulu.

    Lagu ini sebenarnya surat cinta kami buat semua yang menyokong Insomniacks sejak mula. Tak kira di mana mereka berada dalam hidup, kami nak ingatkan bahawa setiap momen bersama itu tetap akan kami hargai.

    Dari segi kreatif, lirik Seperti Dulu ditulis bersama oleh anggota kumpulan, muzik oleh Iqie, manakala proses susunan turut mendapat sentuhan Taja.

    Lagu ini juga sarat dengan elemen nostalgia yang membawa peminat mengimbau kembali era awal perjalanan muzik mereka.

    MENARIK:  [VIDEO] Pencapaian Siti Nurhaliza Dipapar Dalam Buku Teks Sekolah Filipina, Netizen Bangga – ‘Memang Seorang Legenda’

    Sebelum mengumumkan single baharu, Insomniacks terlebih dahulu mencetuskan fenomena menerusi konsert jelajah Echoes of a Dream.

    Tiket persembahan mereka di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Julai lalu habis terjual dalam masa singkat. Fenomena sama turut berlaku di Capitol Theatre, Singapura pada 16 Ogos apabila tiket ke semua kategori turut laris.

    Tidak hanya berbangga dengan pencapaian streaming tertinggi 2024 di Carta RIM, kejayaan itu dijadikan pembakar semangat buat mereka untuk terus berkarya serta mengekalkan relevansi.

    Selepas pelancaran rasmi Seperti Dulu, Insomniacks dijadualkan meneruskan siri promosi ke Jakarta pada penghujung September, sekali gus mengembangkan pengaruh muzik mereka ke pasaran serantau.

    The post ‘Seperti Dulu’ Surat Cinta Istimewa Insomniacks Untuk Peminat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah