Pelawak, Fad Bocey berkongsi keadaan sewaktu dirinya mendapat berita mengenai pemergian sahabat tercinta, Allahyarham Abam pada 2020 lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terkilan Sebab Tak Dapat Mandi, Kafankan & Peluk Arwah’ – Fad Bocey Rindu Abam
Tak dapat beri penghormatan terakhir
Menurut Fad atau nama lengkapnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, dia yang pada ketika itu sedang berada di Jepun bersama keluarganya hanya dapat melihat jasad Abam yang terbujur kaku melalui panggilan telefon bersama Achey Bocey.
Ujarnya, dia berasa sangat sedih dan terkilan kerana tidak dapat memberikan penghormatan terakhir kepada Abam.
Aku sedih waktu panggilan video itu bila Achey kata Abam dah tak ada.
Achey macam merintih seolah-olah nak aku berada di situ.
Dan bila Achey pusing kamera menunjuk ke arah arwah, aku lagi ‘barai’ sebab aku antara orang yang selalu tidur dengan dia.
Arwah tak pernah tidur terlentang tau dan bila aku tengok dia dalam keadaan terbaring macam itu, aku tahu yang aku memang tak ada peluang nak tengok, peluk dan cium dia.
Fad berkongsi perkara tersebut ketika menjadi tetamu di sesi podcast ‘Dol’s Podcast’ yang dikendalikan Shuib, Mamat dan Fizie Roslan.
Separuh sayap hilang
Bercerita lanjut, Fad memaklumkan dia kemudiannya meminta Achey untuk tidak memutuskan talian sehingga proses pengebumian selesai kerana mahu menatap arwah Abam buat kali terakhir.
Tambah Fad, dia juga merasakan separuh dari ‘sayapnya’ seakan hilang selepas pemergian Abam.
Aku cakap dengan Achey jangan letak panggilan telefon, biar saja aku tengok.
Waktu itu kami berdua tak bercakap apa dah dan sambil tengok itu aku sempat hadiahkan Abam al-Fatihah dan sempat bacakan apa yang patut aku baca kepada dia.
Dan kalau kau tanya aku, betullah aku rasakan seperti separuh dari sayap aku ini hilang bila Abam dah tak ada.
Sekadar info, Allahyarham Abam atau nama lengkapnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari 2020 lalu.
Sumber: TikTok, YouTube
The post ‘Separuh Sayap Aku Hilang Bila Abam Pergi’ – Fad Bocey first appeared on OHBULAN!.





