28.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Seorang Lagi Individu Tampil Dakwa Stesen TV Milik Pengacara Terkenal Culas Bayar Tiga Bulan Gaji – ‘Mohon Semua Untuk Viralkan’

    Shopee Sale



    Stesen TV Datuk

    Seorang lagi individu tampil membuat pendedahan mendakwa dirinya sudah tiga bulan tidak menerima gaji daripada stesen televisyen milik seorang pengacara popular berstatus Datuk.

    Mohon viralkan

    Stesen TV Datuk

    Menerusi video yang tular, wanita berkenaan memohon orang ramai bantu menularkan perkongsiannya sehingga perkara itu sampai ke pengetahuan Datuk terbabit.

    Gaji lambat satu bulan, boleh tahan lagi. Ini lambat sampai tiga bulan. Undang-undang mana dia gunakan?

    Kepada semua netizen yang melihat video ini bantu dan tolong kami (pekerja). Macam-macam sudah dibuat. Mohon semua viralkan, mana tahu lepas viral dia akan bayar.

    Bukan setakat gaji, tapi EPF, SOCSO, KWSP semua masih tertunggak.

    Macam saya ini hidup solo tak apa lagi, bayangkan yang ada keluarga dan suami yang jadi ketua keluarga. Lagi kasihan.

    Tuntut keadilan

    Stesen TV Datuk

    Sementara itu, menerusi ruang kapsyen, wanita berkenaan berkata dia hanya mahu menuntut haknya sebagai pekerja.

    Bantu kami yang teraniaya dan tak terdaya ini untuk menuntut keadilan.

    Sebelum ini, seorang individu mendakwa stesen televisyen milik pengacara terkenal mempunyai tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terhadap pekerja.

    MENARIK:  Neelofa Syukur Dikurniakan Haris Sebagai Suami – ‘Saya Hargai Komitmen, Dedikasi Awak Dalam Perkahwinan Kita

    Individu yang mengaku bekas pekerja itu turut mendakwa, stesen tersebut tidak membayar gaji pekerja selama beberapa bulan.

    Malah, dakwanya lagi, dia sebelum ini sudah membuat aduan di pejabat buruh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), namun tiada sebarang tindakan yang diambil.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah