Pelakon, Datuk Fizz Fairuz menitipkan kata-kata semangat kepada personaliti radio, Suraya Borhan yang telah ‘meninggalkan’ konti Suria FM, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Fizz Fairuz Kongsi Audio Tentang ‘Batu Api’ – ‘Bangga Bila Dapat Melagakan Orang?’
Artikel Berkaitan: ‘Ingat Saya Sampah?’ – Didakwa Ada Masalah Disiplin, Shahrol Shiro ‘Hentam’ Suria FM
‘Terus kuat dan tabah’

Fizz yang juga bekas penyampai di stesen radio tersebut berkata, rezeki lain menanti Suraya di luar sana dan berharap dia terus kuat serta menerima hakikat sebenar.
Semoga terus berjaya Su (panggilan Suraya), ada yang lebih baik menanti awak di luar sana.
Su kena kuat dan terus tabah. Ini adalah adat dalam bekerja, perlu terima hakikat ada rezeki yang datang dan pergi.
Walaupun kita tidak lagi relevan, tidak lagi bersama, tapi orang tahu bakat awak daripada Hot FM dan Era FM.
Dalam pada itu, Fizz juga mengucapkan terima kasih kepada Suraya kerana banyak mengajarnya tentang selok-belok ketika mengendalikan radio.
Terima kasih banyak ajar saya untuk mengendalikan konti, ajar saya tentang bagaimana cara jadi DJ radio.
Saya amat bangga dapat bekerjasama dengan awak. Selamat menjadi mantan seperti DJ lain.
Sebelum ini, Suraya memaklumkan kontraknya di Suria FM tidak disambung lagi dan berlapang dada menerima perkara itu.
Pada 17 Julai lalu, Fizz juga telah meninggalkan stesen radio sama selepas genap setahun mengendalikan sebuah segmen pada sebalah pagi.
Sumber: TikTok
The post ‘Semoga Terus Berjaya Suraya, Selamat Menjadi Mantan Seperti DJ Lain’ – Fizz Fairuz first appeared on OHBULAN!.





