Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah berharap agar suaminya diberi kelembutan hati untuk kembali memperbaiki hubungan mereka.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Dapat Tengok Abah, Tengok Anak Ibu Sorang Ini Pun Cukup’ – Isteri Nubhan
Artikel Berkaitan: ‘Nubhan Pernah Lafaz Cerai Pertama Pada 2017 & Telah Rujuk Tapi Tak Didaftarkan’ – Peguam
‘Semoga ada kelembuhan di hati dia’

Menerusi hantaran di Threads, Afifah mengakui masih menyayangi suaminya itu dan berharap agar pelantun lagu Ada Untukmu itu dapat menerima kembali dirinya dan anak-anak.
Semoga ada kelembutan di hati dia (Nubhan) untuk Fie dan anak-anak.
Dalam pada itu, Afifah meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan orang ramai yang memberikatan kata-kata semangat buat dirinya dan keluarga.
Terhibur hati Fie hari ini, tiba-tiba ada masa baca kata-kata semangat korang. Doa yang baik-baik untuk Fie dan Nubhan ya.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa agar segala urusan Afifah dipermudahkan dan dapat menempuhi ujian mendatang.
Komen netizen

Sebelum ini, Nubhan pernah melafazkan talak satu kepada Afifah pada 2017 sewaktu dia sedang enam bulan hamil anak pertama mereka.
Namun, mereka merujuk semula bagaimanapun lafaz talak dan rujuk itu tidak dilaporkan kepada mahkamah syariah dan pejabat agama.
Kemudian, Nubhan selaku plaintif memfailkan pengesahan lafaz talak pertama (2017), rujuk dan lafaz talak kedua (Ogos 2025) di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, pada Khamis.
Hakim Tuan Muhamad Nazri Basrawi menetapkan 2 Disember depan untuk perbicaraan pertama dan keterangan utama pihak plaintif.
Sekadar rekod, Nubhan dan Afifah Hidayah juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 selepas hampir setahun bertunang.
Perkahwinan mereka diserikan dengan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
Sumber: Threads Dr Afifah Hidayah
The post ‘Semoga Ada Kelembutan Di Hati Dia Untuk Saya & Anak-Anak’ – Isteri Nubhan first appeared on OHBULAN!.





