28.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Selepas Mengaku Ada Anak Luar Nikah, Jong Woo Sung Didakwa Ada ‘Scandal’ Dengan Dua Lagi Wanita Selain Moon Ga Bi

    Shopee Sale



    Nama pelakon tampan Korea Selatan, Jung Woo Sung sekali lagi menjadi perhatian selepas dirinya mengaku mempunyai anak luar nikah bersama model bernama Moon Ga Bi.

    Terbaharu, dia dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan dua wanita lain di belakang model berkenaan.

    Ada ‘scandal’ dengan dua wanita?

    Menerusi ciapan yang dibuat seorang pengguna di aplikasi X, Woo Sung didakwa mempunyai hubungan sulit selama 10 tahun bersama seorang akauntan.

    Lebih mengejutkan, akauntan yang berstatus isteri orang itu juga dikatakan sanggup bercerai dengan suaminya hanya semata mahu bersama Woo Sung.

    Bukan itu sahaja, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘The King’ juga dikatakan mempunyai hubungan sulit bersama seorang wanita bukan selebriti yang baru berusia 24 tahun.

    MENARIK:  [VIDEO] Suami Menyusul ‘Pergi’ Selepas Dua Minggu Isteri Meninggal Dunia Ketika Bersalin

    Pengguna tersebut turut memuat naik beberapa tangkap layar mesej dipercayai milik Woo Sung bersama wanita-wanita tersebut sebagai bahan bukti kepada dakwaannya itu.

    Woo Sung berdiam diri

    Walau bagaimanapun, pelakon berusia 51 tahun itu masih mendiamkan diri dan tidak mahu memberikan komen lanjut mengenai dakwaan tersebut.

    Terdahulu, Woo Sung mencuri perhatian apabila mendedahkan dirinya merupakan bapa kandung kepada anak model iaitu Moon Ga Bi.

    Woo Sung juga memaklumkan sudah berjumpa dengan Ga Bi bagi berbincang mengenai anak mereka itu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah