34.1 C
Kuala Lumpur
Monday, August 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sedar Diri Kau Tu Pel*cur Berstatus Datin, Berhenti Memalukan Suami Tercinta’ – Nabila Huda

    Shopee Sale

    Perkongsian terkini di Instagram milik pelakon, Nabila Huda menyorot perhatian apabila dia memuat naik video memaparkan dirinya sedang memerli sikap seseorang berstatus Datin.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Huda Ingin Kasih Sayang Ayah, Jijik Dengan Panggilan ‘Ibu Tiri’ – ‘Kami Anak Beranak Okay, Perempuan Itu Yang Masalah’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Huda Sebak Bicara Soal Bapa, Luah Rasa Rindu Pada Amy Search – ‘Tak Di Sini, Kita Jumpa Di Sana’

    ‘Sedar diri’

    Nabila, 40, meluahkan rasa berang dengan tingkah laku individu tersebut yang telah mencetuskan onar sehingga memburukkan nama baik suami serta keluarga.

    Malah, Nabila atau mesra disapa Abil turut menegur sikap individu berkenaan yang tidak pernah berubah sejak dahulu lagi.

    Hei betina, aku rasa kau dah boleh berhenti buat benda bodoh ini, kau ingat kau siapa? Berhentilah memalukan keluarga dan memalukan suami tercinta.

    Kau cubalah sedar sikit kau itu pelacur berstatus Datin, kau ingat diri kau besar sangat ke? Aku dah cakap dengan kau satu Malaysia tak suka kau, kau dah boleh keluar dari negara ini.

    Tiada siapa boleh terima kau disebabkan perangai kau yang tak pernah berubah. Kau tak akan pernah berubah.

    Kejahatan terbongkar

    Tambah pelakon filem Telaga Suriram, dia turut mengingatkan individu tersebut supaya sedar dari mana asal-usulnya sebelum segala kejahatan yang dilakukan akan terbongkar.

    Sekarang lihatlah apa yang kau dah buat hanya disebabkan orang lain beri pendapat. Semua nak kena ikut cara hidup kau? Pergi mampus.

    Ingat asal usul kau itu siapa. Aku dah banyak kali beri amaran, jangan sampai orang selidik siapa diri kau yang sebenar. Jangan sampai orang lain korek segala benda jahat yang kau pernah buat.

    Begitu pun, Nabila menegaskan dirinya tidak menyebut nama mana-mana individu dan memberi amaran bahawa setiap perilaku tidak baik pasti akan mendapat balasan.

    Apa pun aku tak sebut nama sesiapa, jadi jangan nak terasa. Cukuplah dengan drama kau, aku rasa kau patut jadi pelakon. Sebab lakonan kau sangat ‘over’. Aku tak rasa pun panggilan Datin sesuai dengan muka kau, ingat karma itu wujud.

    Sementara itu, di ruangan kapsyen, Nabila berkata apa yang diungkapnya hanyalah monolog untuk projek terbaharunya.

    MENARIK:  [VIDEO] Usahawan Farhana Zahra Berhabis Setengah Juta Sambut ‘Birthday’ Anak, Hadiah RM100k Setiap Seorang – ‘Mereka Nak Pop Mart Satu Lori’

    Sumber: Instagram

    The post ‘Sedar Diri Kau Tu Pel*cur Berstatus Datin, Berhenti Memalukan Suami Tercinta’ – Nabila Huda first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah