Personaliti media sosial dan usahawan, Sasha Abdul Aziz, memaklumkan bahawa dia mengambil keputusan untuk membesarkan anak-anaknya tanpa pendedahan kepada penggunaan gajet.
Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Kongsi Menu Sahur, Ibu Menyusu Boleh Tiru – ‘Alhamdulillah, Susu Badan Cukup’
Artikel Berkaitan: ‘Anak Saya Semua Normal’ – Sasha Abdul Aziz Respon, Individu Dakwa Cahaya Mata Sulung Hidap Autisme
Perubahan emosi anak-anak

Menerusi satu hantaran di Threads, Sasha berkata, keputusan tersebut dibuat pada tujuh hari lalu selepas menyedari terdapat perubahan emosi anak-anaknya yang semakin ke arah negatif akibat terlalu banyak meluangkan masa bermain gajet.
Saya buat keputusan untuk membesarkan anak-anak saya tanpa gajet.
Sejujurnya, ini adalah keputusan yang besar saya ambil pada tujuh hari lalu, kerana sebelum ini memang saya benarkan anak-anak saya menggunakan gajet.
Tapi saya mula perasan mereka menjadi mudah marah dan kadang-kadang bercakap dengan nada yag kurang sopan.
Jadi lebih ceria

Dalam pada itu, Sasha meluahkan rasa syukur apabila anak-anaknya kini semakin ceria dan mula aktif bergaul serta berinteraksi dengan orang sekeliling.
Alhamdulillah, sekarang sudah masuk hari ketujuh mereka tanpa sebarang gajet.
Kini, mereka jauh lebih ceria dan yang paling penting, mereka berdua dapat bergaul dengan orang sekeliling dengan baik.
Dalam hantaran yang sama, dia turut memberi bayangan bahawa anak-anaknya hanya akan dibenarkan menggunakan gajet semula apabila mencecah usia 15 tahun.
Isabella tanya, sama ada dia boleh mendapatkan semula gajet bila dah dewasa.
Saya jawab, ya boleh dapat tapi mungkin pada usia 15 tahun nanti.
Sumber: Threads Sasha Abdul Aziz
The post ‘Sebelum Ini Saya Benarkan Anak-Anak Guna Gajet, Tapi Mereka Jadi Mudah Marah’ – Sasha Abdul Aziz first appeared on OHBULAN!.





