Pengarah drama Dua Nyawa, Riza Baharudin tampil mengulas isu yang membabitkan dua pelakon di bawah arahannya.
Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Salah Laku, Laporan Polis Sudah Dibuat – ‘Serahkan Kepada Pihak Berkuasa’
Artikel Berkaitan: Global Station Bersedia Beri Kerjasama, Minta Hormati Privasi Semua Pihak
Respon pengarah Dua Nyawa

Menerusi kenyataan media yang dikongsikan di Instagram, Riza menjelaskan bahawa dia sentiasa memastikan setiap urusan sepanjang penggambaran berjalan mengikut perancangan.
Malah, setiap babak juga telah disesuaikan dengan jalan cerita dan watak yang dibawa oleh pelakon.
Sepanjang penggambaran, keselamatan, keselesaan dan kebajikan setiap pelakon serta kru produksi sentiasa menjadi keutamaan utama saya selaku pengarah.’
Setiap adegan dirancang dan diarahkan berdasarkan keperluan skrip, perkembangan watak serta kesesuaian penceritaan.
Sebarang cadangan atau perubahan adegan turut melalui pertimbangan dan kelulusan saya selaku pengarah.
Dalam pada itu, Riza memaklumkan sudah berbincang dengan pelakon yang terlibat dan menetapkan garis panduan bagi adegan yang membabitkan sentuhan fizikal.
Saya telah mengadakan perbincangan dengan pelakon yang terlibat dan menetapkan bahawa sebarang sentuhan fizikal dalam adegan hanya boleh dilakukan berdasarkan arahan atau setelah mendapat kelulusan saya selaku pengarah.’
Langkah ini diambil bagi memastikan pelaksanaan setiap adegan kekal dalam batas keperluan lakonan serta mengambil kira keselesaan pelakon yang terlibat.
Penjelasan ini adalah berdasarkan pengetahuan dan pemerhatian saya sendiri sepanjang penggambaran.
Pada masa sama, Riza berkata dia bersedia untuk membantu pihak berkuasa selain berharap semua pihak agar berhenti membuat sebarang spekulasi.
Saya menghormati hak semua pihak dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sekiranya diperlukan.
Saya berharap semua pihak dapat memberikan ruang agar perkara ini dapat ditangani secara adil dan berdasarkan fakta.
Terdahulu, seorang aktres yang pernah bergandingan dengan Zarif dalam sebuah drama mendakwa pelakon itu bertindak tidak sopan terhadapnya selain didakwa cuba mengambil kesempatan.
Dakwaan tersebut kemudian mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warganet selain mendapat perhatian beberapa rakan artis.
Susulan kontroversi berkenaan, kedua-dua pihak dilaporkan telah mengambil tindakan undang-undang serta membuat laporan polis bagi mempertahankan diri masing-masing.
The post ‘Sebarang Sentuhan Fizikal Dalam Adegan Boleh Dilakukan Setelah Mendapat Kelulusan’ – Pengarah Dua Nyawa first appeared on OHBULAN!.





