
SAYS dengan bangganya melancarkan Furever Friends, sebuah kempen yang bertujuan mewujudkan Malaysia yang lebih penyayang terhadap semua haiwan, daripada haiwan peliharaan hingga haiwan terbiar yang memerlukan bantuan.
Peningkatan kes
View this post on Instagram
Kebajikan haiwan di Malaysia kini menjadi isu yang semakin menekan dan perlu diberikan perhatian. Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar, lebih 7,600 kes penderaan haiwan dilaporkan antara 2021 hingga 2024, dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi.
Daripada jumlah tersebut, anjing merupakan haiwan yang paling banyak didera, diikuti oleh kucing, kuda, arnab, burung, dan lembu.
Terdapat juga laporan penderaan terhadap haiwan eksotik seperti ayam, hamster, kambing, guinea pig, angsa, ikan, itik, kura-kura, dan ular. Ini hanyalah kes yang telah dilaporkan secara rasmi.
Selain itu, kebelakangan ini berlaku beberapa kes penderaan haiwan yang mencetuskan kemarahan ramai, termasuk pembunuhan tragik anjing jalanan kesayangan bernama ‘Kopi’, video tular menyayat hati memaparkan seekor anjing dibakar hidup-hidup, insiden lelaki memasukkan kucing ke dalam guni di Cheras dan pelbagai lagi kejadian menyedihkan.
Kesedaran terhadap haiwan

Sebagai respon, kempen Furever Friends bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, memperjuangkan undang-undang kebajikan haiwan yang lebih ketat, dan membantu haiwan peliharaan mencari rumah kekal mereka.
Bermula 13 Mei hingga 31 Julai, kempen ini merupakan kerjasama antara SAYS, JUICE, Fly FM dan Lumi News, dengan sokongan organisasi-organisasi kebajikan haiwan terkemuka seperti A Dog’s Life, Paws Animal Welfare Society (PAWS), Society for the Prevention of Cruelty to Animals Selangor (SPCA) dan Trap-Neuter-Release-Manage Malaysia (TNRM Malaysia).
Intipati kempen ini adalah laman khas yang akan menampilkan pelbagai kandungan seperti:
- Berita Terkini: Ikuti laporan semasa berkaitan isu kebajikan haiwan
- Artikel Bermaklumat: Fahami cabaran dan penyelesaian dalam penjagaan haiwan
- Video Menarik: Saksikan kisah-kisah menyentuh hati antara manusia dan haiwan
- Nasihat Pakar: Pelajari tanggungjawab pemilikan haiwan daripada profesional
Turut disediakan adalahan ruangan khas untuk pencinta haiwan menghantar gambar serta kisah menarik mengenai haiwan peliharaan mereka dan berpeluang untuk di ketengahkan di laman tersebut.
Usaha selamatkan haiwan

Menurut Ketua Kandungan SAYS, Gowri Chitra Martin, Furever Friends bukan sekadar kempen namun ia adalah seruan untuk bertindak. Sama ada menyelamatkan haiwan, menyebarkan kesedaran atau memilih untuk berbuat baik, setiap tindakan kecil akan memberi impak besar.
Kes-kes yang memilukan ini mengingatkan kita kenapa kempen seperti Furever Friends amat diperlukan. Setiap kebaikan, walau sekecil mana pun, membawa kita lebih dekat ke masa depan di mana setiap haiwan rasa selamat, disayangi dan dihargai.
Furever Friends mengajak semua orang pencinta haiwan, aktivis, dan semua individu untuk bersama-sama mencetuskan perubahan. Kami mahu undang-undang kebajikan haiwan lebih ketat dan penguatkuasaan lebih tegas terhadap pelaku penderaan.
Haiwan juga berhak untuk dilindungi, dan tiada siapa patut terlepas apabila menyakiti mereka.





