Pelakon, Alya Iman menegaskan tidak pernah menjalinkan hubungan persahabatan dengan pelakon, Yusuf Bahrin di luar set penggambaran.
Artikel Berkaitan: Pihak Pengurusan Nafi Dakwaan Alya Iman Punca Pasangan Artis Cerai, Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang
Artikel Berkaitan: Alya Iman Buat Laporan Polis, Kecewa Didakwa Punca Pergolakan Rumah Tangga Zizi & Yusuf Bahrin
Tak berkawan

Ketika ditemui , pemilik nama Nur Alya Iman Azmil, 25, berkata dia akan mempertahankan diri atas tuduhan yang tidak dilakukannya.
Katanya, meskipun memiliki perwatakan yang peramah namun itu tidak menjadikan dia seorang yang mudah bergaul.
Hubungan saya dengan dia, saya tidak berkawan pun dengan dia.
Walaupun secara luarannya saya nampak seperti seorang yang peramah dan bersosial tetapi bila saya di set penggambaran sejujurnya siapa pun pasangan lakonan saya, saya tidak berkawan di luar set.
Bagi saya, kalau dalam set saya memang tak bawa ke luar melainkan kalau betul-betul dah klik.
Alya berkata demikian ketika sesi fotografi untuk drama Fathi Gabrielle di Balai Berita, Media Prima pada Selasa.
Jelas Alya, dia tidak akan cuba untuk rapat dengan pasangan yang digandingkan hanya semata-mata untuk membina keserasian.
Malah, Alya berkata dia juga akan menetapkan batas dalam pergaulan terutamanya jika individu tersebut sudah mempunyai pasangan.
Jadi antara saya dengan individu itu, kami tidak mempunyai apa-apa hubungan.
Saya tidak bercakap dengan dia. Bila orang terus membuat kesimpulan tentang diri saya dengan keadaan mental saya yang begini sudah tentu ia akan memberi kesan.
Sebelum kes itu saya menghormati sesiapa saja yang bekerja dengan saya.
Sekiranya mereka ada pasangan, saya akan menetapkan batasan dan memilih untuk berkomunikasi melalui pengurus. Itu cara saya.
Sebelum ini, Alya membuat laporan polis selepas didakwa menjadi punca pergolakan rumah tangga pasangan selebriti, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.
Dalam pada itu, syarikat pengurusan Alya iaitu Stars Powerhouse Entertainment turut menyangkal dakwaan tersebut.
Isu ini mula tercetus selepas Alya dan Yusuf dilihat membintangi drama yang sama.
The post ‘Saya Tidak Berkawan Dengan Dia, Tiada Apa-Apa Hubungan’ – Alya Iman first appeared on OHBULAN!.





