30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, October 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Tak Hamil, Itu Hanya Baju’ – Ernie Zakri

    Shopee Sale

    Penyanyi bervokal tinggi Ernie Zakri, menafikan dakwaan bahawa dia sedang hamil zuriat kedua.

    Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Sebak Imbau Zaman ‘Struggle’ Dalam Industri – ‘Tiada Yang Nak Sponsor Baju, Pergi Times Square Beli Yang Murah’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Hanya Luahkan Rasa Yang Dah Lama Saya Simpan..Biarlah Saya Je Tahu’ – Ernie Zakri

    Tidak hamil

    Ketika ditemui , Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri menjelaskan bahawa dakwaan tersebut timbul kerana pakaian yang digayakan semasa konsert Aura di Singapura baru-baru ini memperlihatkan seolah-olah sedang berbadan dua.

    Tidak, namun saya tak pernah menolak untuk hamil anak kedua. Insya-allah doakan.

    Tapi setakat hari ini, ini hanyalah makanan (baby bump). Mungkin baju yang dibuat oleh pereka fesyen Amaze sedikit kembung di bahagian depan.

    Biasalah peminat apa sahaja berita, mereka sangat gembira untuk raikan.

    Menurut penyanyi berusia 33 tahun, buat masa ini dia dan suami, Syamel masih merancang untuk menambah zuriat.

    Saya dan suami masih dalam perancangan(anak kedua). Sebab kerjaya dan anak yang baru nak masuk sekolah tahun ini. Haruslah kita pantau perkembangan anak.

    Ernie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu Kisah Penuh Kecewa yang berlangsung di pejabat Universal Music Malaysia, Petaling Jaya pada Rabu.

    MENARIK:  Ibu Zahirah MacWilson Dakwa Hubungan Dengan Anak Renggang Sejak 2024 – ‘Saya Terima Mesej Yang Sedih & Menyakitkan Hati’

    Ernie terkesan

    View this post on Instagram

    A post shared by Aura (@erniezakri)

    Dalam pada itu, Ernie mengakui dia sedikit terkesan apabila ada segelintir pihak yang menegur bentuk fizikal badannya.

    Awal-awal dulu ya saya terkesan sedikit.

    Saya bersyukur dan saya harus melihat dari perspektif yang lain. Saya tak boleh terasa bila orang cakap saya gemuk dan sebagainya. Saya rasa kurus sahaja, mungkin sebab baju itu.

    Tambah Ernie lagi, wanita berhijab selalunya terbatas dari segi pemilihan fesyen.

    Kadang-kadang bila berhijab menjadi agak sukar untuk berfesyen. Mungkin niat Amaze cuma nak bagi yang terbaik. Tapi saya rasa cantik dalam busana itu.

    Kalau peminat menyangka saya hamil, doa-doakan sahaja.

    Dalam perkembangan lain, Ernie dalam perancangan untuk mengeluarkan album terbaharu berjudul Sahabat yang merupakan kolaborasi dengan penyanyi-penyanyi dari tanah air dan luar negara.

    Untuk info, Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 22 Mac 2021.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Khawla Soleha yang kini berusia tiga tahun.

    The post ‘Saya Tak Hamil, Itu Hanya Baju’ – Ernie Zakri first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah