Pelakon Datuk Aaron Aziz dilaporkan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa terlibat dalam buli siber serta penyebaran fitnah membabitkan dirinya dan keluarga.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Islam, Sokong Gaza’ – Aaron Aziz Perjelas Salah Faham Video Temu Bual
Emosi anak terganggu
View this post on Instagram
Pemilik nama penuh Aaron Mustapha Aziz, 49, meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila isu berkenaan turut memberi kesan emosi terhadap anak-anaknya yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara.
Bismillah Ya Allah permudahkan urusan kami, anak-anak saya di luar negara hamba tak dapat nak peluk dan tenangkan mereka dan birthday anak saya disambut dengan tangisan.
Pelakon filem KL Gangster itu berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.
Dalam hantaran sama, Aaron turut menegaskan bahawa dia akan terus mempertahankan keluarganya walau apa pun yang terjadi.
Daddy will defend you guys till i die.
Difahamkan, pelakon kelahiran Singapura itu kini sedang mendapatkan khidmat peguam untuk membawa perkara tersebut ke muka pengadilan demi membersihkan nama dan melindungi maruah keluarganya.
Terdahulu, tular satu video suntingan yang menunjukkan seolah-olah aktor asal Singapura itu mempertikaikan tindakan aktivis kemanusiaan GSF, sekali gus membuatkan dia menerima pelbagai kecaman daripada netizen.
Aaron kemudian tampil mempertahankan diri dan meminta netizen menonton rakaman penuh temu bual berkenaan sebelum membuat sebarang andaian.
Dalam rakaman temu bual berlangsung dua minggu lalu, Aaron berpendapat selebriti tidak wajar dipaksa untuk bersuara mengenai isu Gaza dalam akaun media sosial mereka demi memenuhi kehendak netizen.
Tegas Aaron, dia tidak pernah mempertikai usaha mana-mana pihak dalam menyokong dan membantu rakyat Palestin.
Sumber: Instagram Aaron Aziz
The post ‘Saya Tak Dapat Peluk & Tenangkan Anak-Anak’ – Aaron Aziz Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Penyebar Fitnah first appeared on OHBULAN!.





