Pelakon Nad Zainal, akhirnya menamatkan spekulasi peminat apabila mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Artikel Berkaitan: Nad Zainal Tak Malu Pakai Barangan Murah – ‘Saya Hanya Kerja Sebagai Pelakon’
Artikel Berkaitan: Nad Zainal Utamakan Keperluan Anak-Anak, Beli Baju Raya Harga Bawah RM100
Hamil anak keempat

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin menerusi satu hantaran di aplikasi Threads baru-baru ini.
Nad berkongsi berita kehamilan tersebut itu selepas terdapat beberapa individu yang mula menegur perubahan fizikalnya, terutama di bahagian perut yang kelihatan semakin ‘buncit’.
Ada orang tegur perut hmmmmm. Saya tak buncit , saya hamil. Malas lah nak buat pengumuman anak nombor 4 dah.
Tapi saya cuma nak beritahu saya buncit bukan pasal makanan.
Untuk rekod, Nad mendirikan rumah tangga dengan Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.
Bagaimanapun, mereka berpisah pada September 2022.
Nad kemudian berkahwin dengan Ungku Ismail pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ungku Indra Puteh Al Majid.
Sumber: Threads Nad Zainal
The post ‘Saya Tak Buncit, Saya Mengandung’ – Nad Zainal first appeared on OHBULAN!.





