
Pelakon dan penyanyi, Kilafairy memaklumkan dirinya tidak membeli pakaian raya sempena perayaan Aidilfitri yang bakal disambut kurang dua minggu saja lagi.
Syawal tanpa arwah ibu

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, Kilafairy memaklumkan dirinya tidak berbuat demikian kerana menganggap Syawalnya terasa kosong tanpa kehadiran ibu tercintanya, Allahyarhamah Rohana Jalil di sisi.
Tak, saya tak beli baju raya.
Apalah erti raya tanpa arwah ibu saya?
Luahan itu pastinya menggambarkan betapa pilunya perasaan pemilik nama Syakila Nisa Jahangir Khan ini.
Komen netizen


Perkongsian tersebut kemudiannya menuai komen daripada netizen yang bersetuju dengan kenyataan Kilafairy.
Rata-rata netizen beranggapan erti Syawal seakan hilang dan tidak lagi meriah tanpa kelibat orang tersayang.
Sekadar info, Allahyarham Rohana atau nama lengkapnya Dara Abdul Jalil meninggal dunia pada 20 Jun 2023 ketika berusia 68 tahun akibat kebocoran pada usus perut.





