28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Sudah Menjangka Akan Ada Maklum Balas Bercampur’ – Firdaus Karim Tak Kecil Hati Imej Dikritik

    Shopee Sale

    Pelakon Firdaus Karim menerima dengan hati terbuka segala reaksi netizen terhadapnya sepanjang menjayakan drama bersiri Doa Yang Terlindung.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penampilan Berbeza Firdaus Karim Raih Pujian Netizen – ‘Nampak Smart & Handsome’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Wajar Persoalkan Pemilihannya Sebagai Hero, Saya Percaya Dia Berbakat – Fasha Sandha ‘Backup’ Firdaus Karim

    Terima kecaman

    Ketika ditemui , Firdaus, 44, mengakui sudah menjangka reaksi penonton memandangkan jalan cerita tampil berbeza daripada kebiasaan drama bersiri tempatan.

    Tambah Firdaus, penonton akan mula memahami tujuan drama ini apabila memasuki episod pertengahan.

    Saya sudah menjangka akan ada maklum balas bercampur.

    Ada yang setuju, ada juga yang tidak.

    Namun apabila penonton mengikuti hingga pertengahan episod, mereka mula memahami arah cerita dan perkembangan watak. Itu yang lebih penting.

    Firdaus berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita, Bangsar, sebentar tadi.

    Tak baca komen

    Dalam pada itu, Firdaus menegaskan bahawa dia memberikan fokus sepenuhnya sepanjang penggambaran bagi menjayakan watak Ustaz Irfan.

    Akui ianya bukan satu watak yang mudah, pelakon berusia 44 tahun itu memaklumkan bahawa dirinya tidak sempat membaca komen netizen.

    Sepanjang penggambaran, fokus saya adalah untuk menyelesaikan tanggungjawab dengan sebaiknya. Saya memang tidak sempat membaca komen secara terperinci.

    Kalau ada rakan memaklumkan mengenai kecaman, saya anggap itu perkara biasa untuk watak seperti ini. Sekurang-kurangnya ia menunjukkan penonton mengikuti dan memberi perhatian kepada jalan cerita.

    Sementara itu, Firdaus mengakui cakna terhadap keadaan masyarakat kini yang menggunakan imej agama namun naskhah ini bertujuan menyampaikan pengajaran tanpa memburukkan mana-mana pihak.

    Kita faham dalam masyarakat memang ada minoriti yang mengeksploitasi imej agama. Tetapi pada masa sama, kita tetap menghormati dan menyanjung golongan agamawan yang benar-benar ikhlas serta menjalankan tanggungjawab dengan amanah.

    Naskhah ini bukan untuk memburukkan mana-mana pihak, sebaliknya memberi pengajaran supaya masyarakat lebih berhati-hati dan peka.

    Saksikan minggu terakhir drama Doa Yang Terlindung, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 secara eksklusif di iQIYI.

    MENARIK:  Nabila Razali & Bella Astillah Bersama PTTI Raikan ‘Batch 08’ Terima Keputusan SPM, ‘Straight A’ Dapat Insentif RM500

    The post ‘Saya Sudah Menjangka Akan Ada Maklum Balas Bercampur’ – Firdaus Karim Tak Kecil Hati Imej Dikritik first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah