Digelar ‘kacip’, aktivis dan personaliti media sosial, Farah Lee tampil berkongsi tentang personalitinya yang sebenar di platform media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farah Lee Syukur Dikurniakan Fuad Hashim Sebagai Suami – ‘Sekarang Saya Tahu Bagaimana Rupa Hubungan Yang Sihat’
Artikel Berkaitan: Farah Lee Kongsi Detik Cemas Pesawat Ke Tashkent Tiba-Tiba ‘Drop’ – ‘Cuak Macam Naik Solero Shot Dekat Theme Park’
Komitmen hidup yang banyak

Menerusi hantaran di aplikasi Threads, Farah atau nama penuhnya Nurfarahin Romli bukanlah seorang yang terlalu serius seperti yang disangka, sebaliknya secara realiti dia suka bergurau dengan rakan-rakan lain.
Maaf yang kecewa, megharapkan saya ‘kacip’ dekat Threads. Dalam pergaulan sebenar saya style ‘kacip’ juga, terutamanya dengan kawan-kawan.
Kawan-kawan pun kenal karakter saya sebagai ‘fun and chill’.
Namun begitu, Farah mengakui komitmen hidup dan tanggungjawab yang banyak membuatkan dia tidak sempat untuk bergiat aktif di media sosial.
Tak sempat ya nak ‘kacip’ dekat sini sebab saya banyak komitmen. Jadi nak aktif dekat media sosial saja-saja memang tak ada masa.
Generasi muda perlu dididik dengan matang

Dalam masa yang sama, Farah turut berkongsi pandangan peribadinya terhadap budaya perkongsian berlebihan di media sosial.
Katanya lagi, dia lebih suka menggunakan platform tersebut atas tujuan yang bermanfaat.
Lagi pun saya tak suka sangat tengok perkongsian yang tak perlu di media sosial.
Boleh la sikit-sikit tapi sebagai seseorang dalam bidang sains sosial, saya harap anak muda membesar tengok sesuatu yang ada isi.
Tak perlu formal pun, cukup secara santai-santai, sekurang-kurangnya tidak merapu.
Ujarnya, generasi muda hari ini perlu dididik supaya menjadi lebih matang seperti tokoh-tokoh Islam terdahulu.
Kita perlu anak muda yang matang, sebagaimana matangnya Ibnu Abbas, Anas Ibn Malik, Sultan Muhammad al-Fateh, yang mampu menjadi pemimpin pada usia belasan tahun.
Sumber: Threads
The post ‘Saya Style Kacip Tapi Tak Sempat Sebab Banyak Komitmen’ – Farah Lee first appeared on OHBULAN!.





